marah?


boleh atau tidak seseorang itu marah?

Saidina Ali ketika berperang menentang musuh Allah, menghayunkan pedangnya ke sana sini, melibas, memenggal dan membunuh semua yang melintang,  dia menguasai seorang musuh dan sedang mahu memenggalnya tetapi tiba-tiba musuh itu dengan sepenuh bencinya meludah ke muka Ali, Ali berubah marah, merah padam mukanya menanggung marah yang amat, lalu dia berkata kepada musuhnya, pergi kau dari diriku, musuh itu terperanjat yang amat, sehingga terpacul soalan dari mulutnya, wahai Ali, tadi engkau beria mahu membunuh aku, aku memang pasti aku akan mati dtangan mu, sehingga aku merasa meluat dan meludah mukamu, tiba-tiba bila aku berbuat demikian, malah engkau menyuruh aku pergi sedang wajahmu merah kerana amarah, mengapa begitu?

lalu jawab Ali, tadi aku mahu membunuhmu kerana ALLAH, untuk menegakkan syiar Islam, amarahku kerana Tuhanku dan agamaku,  tapi bila engkau meludah wajahku, marahku bertukar kepada peribadi, mana mungkin aku dapat membunuhmu kerana itu, lalu pergilah engkau dariku.

kita?

hemm, .. marah kerana suami mahu kahwin lagi, berapi-api marahnya, alasan kita bagi, suami tak mampu, menanggung kitapun tak mampu, mana mungkin mahu berumah tangga satu lagi,. lalu kita tarik muka, muncung panjang sekaki, mengamuk sakan, mengata-ngata dan mengungkit-ungkit.. menyakitkan hati suami dengan lidah kita.. dan bagai.

marah kerana anak nakal, marah yang amat, menyinga merotan mencubit dan meleteri anak..

marah kerana kerja yang banyak, marah kerana macam-macam hal peribadi..

marah..

marahlah kerana Allah. marahlah kerana agama.

andai mahu marah juga pada yang selain itu,  marahlah dengan kasih sayang , jangan sesekali marah dari hati.. kerana marah dari hati jatuh ke hati.. akibatnya besar, kerananya timbul benci…susah mahu rapat kembali, …

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s