amalan kita


Sesuatu ilmu yang mahu diamalkan perlu diketahui sanatnya. pastikan sanat ilmu itu dari rasulullah kemudian amalkannya dengan satu niat sahaja iaitu kerana Allah. kita buat apa juga amalan kerana kita mahu Allah suka kepada kita bukan kerana kita mahu kan faedah yang diwar-warkan begini dan begitu , ingatlah, amalan yang kita buat kerana sesuatu kebaikan yang diberitahu kepada kita sekiranya kita buat amalan itu dan kitapun amalkannya untuk mendapat kebaikan itu, maka kita tidak akan dapat kebaikan yang dijanjikan itu kerana yang memberi adalah Allah dan jika amalan itu dilakukan bukan keranaNya semata, maka amalan itu tidak bermakna dan tiada kekuatan.

BUATLAH SEMUA AMALAN HANYA KERANA ALLAH SEMATA bukan kerana kebaikan yang dijanjikan atas amalan itu. ada seorang perempuan, apabila kuburnya digali semula selepas beberapa puluh tahun, didapati kain kafannya pun tidak reput, bila ditanya apa amalannya, perempuan itu suka sekali membersihkan tahi cicak di masjid, orang bertanya kepadanya, mengapa buat begitu, dia menjawab, aku buat kerana aku mahu Allah suka kepadaku.

di hari akhirat nanti, malaikat akan membawa berkarung – karung amalan seseorang hamba, dan Allah akan membuang semua amalan yang niat amalan itu dilakukan bukan keranaNYA semata , lalu sampai kosong karung itu, tiada satu amalanpun yang hambaNYA lakukan hanya kerana Allah semata. nauzubillah , muga kita tidak temasuk dalam golongan itu.

berapa ramai yang membaca fatihah tetapi untuk membuatkan seseorang ingat pada dirinya, seperti yang dinyatakan dalam pos rahsia al fatihah, .. bukan kerana ALLAH, lalu tidak dia akan mendapat rahsia alfatihah itu. kita tak boleh meletakkan ayat quran sebagai yang punya kuasa menyampaikan sesuatu hajat, kena jelas yang berkuasa hanya ALLAH bukan ayatNYA,  tetapi kita boleh BERDOA menggunakan ayat quran. Alfatihah itu sendiri adalah doa. bezakalanlah niat dan amalan dengan doa. niat mesti sahih kerana ALLAH. doa pula, mintalah apa sahaja kerana Allah memang sentiasa suka hambaNYA merintih merayu memohon setiap apa jua pun permintaan kepadaNYA kerana dia MAHA CUKUP dan MEMILIKI SEGALANYA serta MAHA MEMBERI.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s