ketakutan


ramai yang bertanya, bagaimana mahu dilakukan pada suami yang mengambil kesempatan atas kekuatan rezeki isteri… terutama yang berpoligami atau bakal dipoligamikan.. malah seseorang pernah berkata, kalau betul dia mahu pasang lagi satu, saya akan berhenti kerja dan biarkan dia support semua perbelanjaan rumah tangga…

 

kalau isteri bekerja, ada suami yang lepas tangan,.. menyerahkan semua bil dan perbelanjaan keluarga diambil alih oleh isteri, apatah lagi jika gaji isteri lebih besar..

bercakap pasal tanggungan duit dan bayar membayar, ramai para suami yang tersinggung kerana ini isu sensitif, belum bersuara lagi, para suami dah melenting dan nampak isteri mereka hanya mahu mencari salah.

memang hak isteri ditanggung suami tetapi sangat besar pahalanya jika isteri bersedeqah secara ikhlas terhadap rumah tangga sendiri ..cuma kalau dah nama sedeqah, kenalah ikhlas.

 

persoalan disini ada pelbagai..

satunya, sikap lepas tangan suami kalau isteri suka rela membantu, ..

ini sebenarnya , boleh diatasi dengan keikhlasan isteri, penyerahan sepenuhnya kepada allah. yakinlah jika ini pilihan isteri, sebenarnya rezeki yang berganda allah beri kepadanya selain pahala yang melimpah ruah..syaratnya ikhlas membantu suami kerana allah,..

 

tetapi jika tidak mampu ikhlas, tak mengapa, jangan bantu.. kerana bukan tanggung jawab isteri menanggung perbelanjaan keluarga,.. tetapi jika suami tidak mengizinkan bekerja risiko dari itu, isteri kena berhenti kerjalah..

seimbangkanlah,..dan berbincang dengan baik.

persoalan lain ialah wajar atau tidak tindakan  isteri membantu suami terutama kalau dia berpoligami,..

persoalan ini wajar dijawab dengan iman di dada sendiri.. jika mampu redho, sebenarnya kita membantu suami kita sendiri.. kalau bersedeqah kepada orang itu kita peroleh pahala, bersedeqah kepada suami sendiri , bukan sahaja pahala yang dapat , tapi hubungan keakraban.

jika lain pula yang jadi, lagi isteri membantu, lagi suami ambil kesempatan, ini sekali lagi kembali kepada keimanan di dada dan penyerahan sepenuhnya kepada allah.

 

yang perlu diambil perkiraan ialah , fakta bahawa , langsung tak salah jika isteri tidak mahu membantu. namun, yakinlah dengan janji allah, jika kita berbuat kebaikan , maka kebaikan lah yang kita dapat darinya.

apa yang perlu kita sedar dari perbincangan di atas adalah hakikat bahawa ketakutan dalam hati kita, sekiranya kita takut, walau apa sebabnya, baik kerana rezeki, takut suami kahwin lagi atau apa juga bentuk ketakutan, kesannya pada tubuh sangat berat, .. rasa takut ini akan membuatkan kelemahan buah pinggang hungga ke tahap tak mampu berfungsi,..salah satu tandanya adalah kita sakit pinggang atau lenguh urat badan.

ketakutan akan membawa kerosakan buah pinggang , dan membawa pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang. rawatannya adalah sifat menyerah sepenuh hati kepada allah. hasbi allah. cukuplah allah bagi kita.

Advertisements

7 thoughts on “ketakutan

  1. salam…sedih sebab ada lelaki yang ada ilmu agama mempergunakan agama untuk memancing wanita..bila dh dapat duit senyap sunyi macam tak penah kenal. walhal di awal perkenalan, beria2 menjual minyak nak berkahwin..bernikah. Yang letihnya..kita pulak yang terpaksa ikat perut kasihankan dia. Itu ke bakal suami ..nak redha dengan pemberian pun payah sangat rasanya. Lainlah kalau kita dah jadi isterinya..tentu lebih mudah redha dengan segala pemberian kepada suami. Buntu dah saya mikirkan bila sewenang-wenangnya dia bagi alasan yang kurang munasabah bila dia senyap sunyi begitu jer. Hati-hatilah wanita berkerjaya sekarang..ramai lelaki yang bertopengkan atas nama islam sekarang. Biar sekuat mana pun kita cuba menolak,,,dia akan cari jalan agar menundukkan kita.

  2. salam..saya seorang isteri yang berada dalam dilema..suami malas bekerja walaupun punyai pekerjaan tetap..yang saya bingungkan berkaitan hobinya yang gemar bermain game dan menjadikannya satu aktiviti rutin yang wajib hingga berjaga ke pagi..apabila pagi sukar bangun untuk ke tempat kerja dan akhirnya tidak bekerja..saya isteri yang sama-sama bekerja untuk membantu membayar rumah,kereta, dan lain-lain bil serta perbelanjaan anak yang masih bayi..namun suami semakin hari kelihatan lepas tangan untuk bersama-sama memikul tanggungjawab keluarga..hampir semua urusan diserahkan kepada saya..seperkara lagi..suami membenci keluarga (ibu dan ayah saya) di mana jika mereka datang ke rumah, suami kerap keluar rumah kerana tidak mahu melayan mereka.katanya kehadiran ibu dan ayah saya mengganggu kehidupan rutinya seperti bermain game dan lain2 perkara..saya berasa sangat sedih kerana suami kerap berkata buruk tentang ibu dan ayah. suami juga tidak gemar pulang ke kampung saya dan sering melengah-lengahkan jika dapat pulang sekalipun..segala permasalahan telah cuba di bawa berbincang secara baik…namun akhirnya perkara sama berulang kembali..suami kerap menyatakan bahawa dia adalah suami yang terbaik dan menafikan kelemahannya…jika dihimpunkan segala maslah adakalanya saya merasakan tidak kuat untuk menghadapi namun saya cuba untuk bersabar dan ikhlaskan hati untuk mempertahankan rumah tangga yang masih setahun jagung..sesungguhnya keikhlasan memerlukan kesabaran yang sememangnya tinggi..

    1. suami fatihah ni tiada semangat dalam kerjanya. kekuatan semangat dia untuk bekerja 0%. kekuatan rezeki tiada. kekuatan atau minat dia bermain game pula 100%. sebenarnya dia ada sihir rezeki. dah 4 tahun dalam badan, orang yang normal tak akan bertindak begini tetapi orang yang dikuasai oleh gangguan, tindakannya pelik dan tidak kita ketahui mengapa begitu. nampak normal tetapi sebenarnya tidak. kalau kita bermasalah dari segi rohani dan jasmani sebenarnya kerana kekuatan dalaman tiada. kekuatan dalaman tiada kerana sangkutan hati dengan allah kurang, kalau beribadat pula belum tentu kesahihan niat itu seratus peratus kerana allah lalu ibadah itu tidak mampu menjadikan kekuatan dalaman kita hebat. apatah lagi jika orang tersebut mempunyai gangguan makhluk baik sihir ataupun saka. pengalaman saya ramai sekali orang mempunyai gangguan tapi tidak sedar dan tidak faham apatah lagi mengenepikannya dengan alasan tak akan semua masalah kerana gangguan, tapi itulah hakikatnya kerana itulah janji syaitan dengan ALLAH, menyesatkan anak adam seramai mungkin agar sama-sama masuk neraka bersama nya. hayati surah 3 qul yang diamanahkan rasul tercinta untuk kita amalkan setiap sebelum tidur. jika tidak kerana berlindung dengan allah akan perbuatan jahat sihir manusia dan jin, tidak perlu baginda menjadikannya sunnah, malahan baginda sendiri disihir orang yang berhati busuk.

      namun, semua masalah ada rawatannya, insyaallah, muga dimudahkanNYA.

      1. terima kasih atas perhatian puan terhadap maslah saya..boleh ke masalah ini diubati?atau sebenarnya kekuatan diri sendiri untuk melawan segala anasir2 jahat lebih penting..

  3. Saya isteri kedua. Saya menanggung 99% perbelanjaan untuk keluarga kedua ini dengan seikhlas hati. Walaubagaimanapun saya selalu terfikir apa akan terjadi sekiranya saya ditakdirkan diberhentikan kerja atau apabila tiba masa saya bersara nanti. Saya tidak pernah berbincang dengan suami kerana saya tidak mahu membebankan dia. Saya sudah memasuki usia 40 tahun sedangkan anak kedua saya baru berusia 6 bulan. Saya sentiasa risau memikirkan perkara ini.

  4. Puan, saya adalah seorang isteri kedua (saya menikah setelah umur saya menginjak 43tahun) dan usia pernikahan kami baru melangkah setahun jagung, saya seorang yg berkerjaya (walaupun pada dasarnya saya tidak pernah berfikiran begitu). saya di besarkan dari keluarga yg ramai dan serba kekurangan dan susah, pastilah ini semua mempengaruhi setiap tindakan dan perhitungan saya sama di dalam kerjaya dan rumah tangga.

    Pd awal pernikah ibubapa mertua saya merestui dan nampak gembira dgn kehadhiran saya dlm rumahtangga anaknya, tetapi selang sebulan dua, selepas suami saya membawa isterinya yg pertama (dgn 3 org anak2 mereka) balik ke kg, penerimaan mereka sangat jauh berbeza, saya tidak lagi di terima.

    saya mempunyia kelemahan (andai saya katakan ianya sesuatu yg lemah), saya di didik oleh keluarga yg tidak akan menjawab jauh sekali melawan dan menyakitkan hati kedua org tua. jadi bila saya di tegur supaya bersabar dengan perbuatan adik2 ipar saya dan kedua mertua saya menanyakan banyak persoalan, saya menjadi kaku dan kelu untuk menjawabnya terutamanya di hadapan suami saya, saya tidak punyai kekuatan untuk itu.. akhirnya saya akan mendengar sahaja nasihat2 dari bapa mertua saya.

    tetapi kini bapa mertua saya baru sahaja meninggal 3 bulan yang lepas. dan ibu mertua saya telah menggunakan kuasa “veto”nya untuk mengawal anak lelaki tunggalnya. jadi keputusan siapa yg hendak menjaganya ketika sakit, siapa yg hendak di bawa balik ke kg samada cuti hujung minggu, cuti kenduri kendara, kematian, saudara sakit, hinggalah ke hari raya, beliau terang2 mahukan menantu yg pertama itu pulang dgn anak2 mereka.

    saya terasa amat2 kecewa. saya rasa saya tersilap kerana kelemahan saya. dan sehingga kini saya tidak lagi berpeluang utnuk bersemuka dgnnya. semasa kematian bapa mertua mereka benar2 menyisihkan saya, memulaukan saya sehingga tiada seorang pun dari keluarga suami yg duduk menemani saya (melainkan saya yg terhegeh mendekatkan diri dgn mereka, dan dgn terpaksa mereka terpaksa melayan pertanyaan2 bodoh saya).

    hati saya benar2 kecewa.

    berbalik kepada masalah kewangan.

    seperti saya katakan saya bukan seorang yg kaya, kerana keluarga saya jugak bukan senang.

    1. sebenarnya diam saudari itu adalah tindakan yang betul. kerana kita banyak boleh menyelesaikan masalah hanya dengan berdiam diri. masalah gangguan emosi saudari tinggi, kerana itu tidak mampu menangani permasalahan dan tribulasi hidup. perlu tingkat kekuatan dalaman . buatlah rawatan buang gangguan dan menaikkan kekuatan dalaman, insyaallah kita akan mampu nampak warna warna kehidupan dan hidup kita tidak lagi berwarna kelam dan kusam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s