mind power


kita adalah sebaik – baik kejadian yang ALLAH jadikan . tiada makhluk NYA yang lain, yang ALLAH anugerahkan aqal fikiran dan nafsu  melainkan manusia. kelebihan kita itu mampu menjadikan manusia makhluk yang paling mulia atau makhluk yang paling hina… bergantung kepada pilihan kita sendiri. dan kita akan dipertanggungjawabkan atas pilihan kita itu serta diberi balasan yang kekal abadi.

 

barat, banyak kali mengkaji bagaimana hebatnya kuasa aqal ini… malah mereka mampu menjadikan diri mereka hebat daripada kewangan dan kehidupan dunia hanya dengan menggunakan kuasa aqal.

membincangkan tajuk mind power ini adalah sesuatu yang sangat besar, namun sebenarnya dapat disimpulkan dalam satu rumusan ; sunnah rasulullah.

ikut sahaja sunnah rasul, adab-adab baginda, baik adab makan, adab tidur, adab beristinjak, adab memakai pakaian, adab dalam kehidupan harian, baik bersendirian, bersama pasangan mahupun menerima tetamu…

 

mengikuti adab dan sunnah rasulullah sebenarnya menjamin umatnya memiliki kuasa minda yang sangat hebat.

 

ambil sahaja contoh adab makan rasulullah, cukup satu atau dua contohpun memampukan kita untuk melihat bagaimana sekiranya kita menjadikan dia role model, kita membina kehebatan kuasa minda yang sangat tinggi.

mulakan makan dengan bismillah, umum mengetahui ekoran kajian seorang Dr dari Jepun yang membuat kajian tentang air menampakkan betapa molekul air boleh berubah hanya dengan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih.. apatah lagi sekiranya minuman dan makanan itu kita bacakan nama ALLAH, masyaallah.. dan rasulullah , setiap suapan baginda dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrohim…

mengadap kiblat,.. tulang belakang yang mempunyai peranan yang besar dalam semua sistem tubuh termasuk sistem perkumuhan dan periltalsis (proses konsum makanan) akan bertenaga dan tersusun sel elektron dan protonnya dan membantu proses penghadaman menjadi lancar…

makan duduk, ketika makan , darah perlu sentiasa berada dalam keadaan vakum, menyediakan ruang , supaya proses penghadaman dan penyerapan berlaku dengan lancar,.. darah dibersihkan melalui buah pinggang, sekiranya makan atau minum berdiri, buah pinggang akan terbeban, lalu proses pencucian darah menjadi lemah dan menganggu juga proses penghadaman… rasulullah tidak menggalakkan minum atau makan sambil berdiri kecuali minum air zamzam, disunatkan minum sambil berdiri.. air zamzam sebaliknya mempunyai kadar mineral yang sangat tinggi dan sangat membantu kadar alkali tubuh.

 

banyak lagi kebaikan baik dari segi rohani mahupun jasmani andai kita mengikuti dan mengamalkan sunnah rasul. semua manfaat ini juga mampu dihurai secara saintifik dan islamik.. mengetahui membuatkan kita termotivasi mengamalkan sunnah rasul tercinta,.. namun, hanya kerana kekuatan kasih kita kepada baginda pun sudah cukup untuk kita mahu  mendalami akan segala amalan harian baginda dan mengamalkannya..

 

hidup berilmu, beramal, ceria selalu..insyaallah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s