aku cinta kamu


berapa kali kita ucapkan itu kepada orang yang kita sayang? sekali setiap hari? banyak kali setiap hari? sekali seminggu, sekali sebulan? waktu ulangtahun sahaja? atau tak pernah? waktu bercinta dulu jer? atau waktu bercinta pun tak pernah?

 

aku cintakan kamu sepenuh hati,.. ucapkanlah pada suami, pada anak. pada ibu . pada bapa,…..

 

besar sekali peranannya pada lukisan dan tulisan di tembok hati insan mana yang kita ucapkan ia, apatah lagi saat kita lafazkan ungkapan itu, kita benar datangkan ia dari lubuk hati kita, dengan tatapan mata yang ikhlas dan disekalikan dengan pelukan dan ciuman kasih, ..

 

suami akan rasa kehangatan cinta kita, anak akan memahami kekuatan kasih kita, ibu dan bapa akan menjiwai keikhlasan sayang kita,.. rasa yang datang dari hati, akan jatuh ke hati.

 

kesannya besar, impaknya kuat, ..   ia mendatangkan rasa ‘caring’, menguatkan kekuatan kasih, menerbitkan rasa tanggung jawab, menumbuhkan rasa keperihatinan, membaja rasa belas , memupuk rasa mahu menolong, menanam jiwa yang kuat mahu membantu.. akhirnya ia akan membuahkan kebahagiaan dan kita mampu menuai ketenangan dan wujudlah keluarga bahagia.. bahagia dunia, bahagia akhirat.

 

hanya dengan ungkapan.. aku cinta kamu.

 

ucaplah ia setiap hari,…

 

hidup berilmu, beramal, ceria selalu..

Advertisements

One thought on “aku cinta kamu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s