berterima kasih


rasa terima kasih kepada ALLAH, kepada orang-orang di sekeliling kita sebenarnya membawa manfaat yang sangat besar dalam diri.

ia punca kepada wujudnya kekuatan tenaga baik dalam diri. menjadi punca kepada terbukanya rezeki ALLAH yang maha luas, sekiranya DIA menghendaki. menjadi asbab kepada aura yang positif mengelilingi diri seseorang, dengan izinNYA.

rasa terima kasih berbeza dengan mengucapkan terima kasih walaupun mengucapkannya boleh jadi memungkinkan timbulnya perasaan berterima kasih itu.

ini kerana rasa terima kasih ini lahir dari hati dan sememangnya eloklah diluahkan melalui pengucapan, tika lidah mengucapkan dan telinga mendengar, maka lafaz dan ucapan itu akan menguatkan perasaan terima kasih tersebut.

ucaplah terima kasih kepada suami, kerana menjaga kita selama ini. ucapan yang lahir dari lubuk hati akan jatuh ke hati juga. ucaplah terima kasih kepada anak kerana hadhirnya menjadi penyeri hidup kita.

ucaplah terima kasih kepada ibu dan bapa kerana tak jemu membesar dan mendidik kita.

ucaplah terima kasih kepada ibu dan bapa mertua kerana membesarkan insan yang kini menjadi dahan tempat kita berpaut dan pohon tempat kita berteduh.

ucaplah terima kasih kepada orang di sekeliling atas pelbagai alasan yang bagai. mulakan dengan ‘terima kasih’.

ucapan terima kasih terbesar kepada ALLAH , Tuhan seru sekelian alam yang dengan izinNYA sahaja kita mampu masih berupaya menghirup udaraNYA dan masih mampu membuat pelbagai amal dan bakti.

muga rasa terima kasih kita bersatu dengan hati dan sekeping hati yang satu itu mampu pula membawa kita menjadi insan yang dapat berserah sepenuh jiwa dan raga kepada ALLAH.

hasbi allah…. cukuplah ALLAH bagiku.

wallahu alam. hidup berilmu, ceria selalu.

 

Advertisements

One thought on “berterima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s