BERKONGSI KASIH


hati yang bersih dengan kekuatan dalaman yang tinggi sahajalah yang mampu menangani hakikat hidup berkongsi kasih.

ramai sekali yang merasa derita kerana bersuamikan lelaki yang sama. sedang ramai yang sedar bahawa dunia hanya sementara , cuma sekadar tempat kita mencari sebanyak mana perbekalan yang mampu, akhirat jua yang kekal abadi.

malangnya, kita tidak mampu membuka hijab di mata hati, nampak bahawa apa yang berlaku adalah sama ada ia ujian atau balasan dosa sendiri.

apa dikisah walau kasih suami dikongsi, kita bukannya dihisab atas perkongsian itu , tetapi kualiti hak suami yang kita tunaikan. tentulah bergantung pada terma dan syarat terutama pada mereka yang berpoligami, suami ada masa tertentu bersama si isteri,.. tetapi bayangkan betapa ruginya, masa itu sekiranya dibiarkan berlalu tanpa memperoleh pahala, kerana hati sibuk berduka lara mengenang nasib malang berkongsi suami. walhal wanita itu mudah sekali masuk ke syurga, asal solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, taat dan patuh pada suami dan menjaga kehormatan diri, maka terbukalah kesemua pintu syurga untuknya, maka masuklah ia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang dikehendakinya..

masyaallah.. mudahnya laluan wanita menuju syurga ALLAH..

ada dikata , isteri ke berapa boleh masuk syurga, ada dibeza status dan bilangan? maka mengapa mahu terperangkap dalam tipu daya dunia? menurut hawa nafsu dan bisikan serta hasutan iblis durjana? bukankah sudah nyata, musuh kita bukan madu atau suami tetapi iblis itu sendiri serta hawa nafsu yang tidak terkawal.

mengapa berpegang kepada ..ohh,..suami itu hak aku, dia masuk ke dalam perkahwinan aku, ..oh.. dia tak dapat nak terima aku , aku dikatanya perampas, sedang dia tak pandai menjaga suami, kalau tidak takkan suaminya berkahwin dengan aku,.. dan bagai..

berpijaklah di dunia nyata,..sedarlah siapa diri kita,..kita hanya hamba..

tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNYA, lalu mengapa mengangkat jari menuding sana sini, ..

angkatlah dada, seraplah hidayah dan nur Ilahi.

tundukkanlah kepala, sujud tafakur akan keesaan serta qada dan qadarNYA.

tiada siapa yang mampu melakukan sesuatu kerana kita tiada kuasa, hatta untuk mengangkat tanganpun kita tiada kuasa melainkan dengan izinNYA, lalu, mana mungkin perkara besar seperti bertemu jodoh dan berkahwin itu berlaku kecuali dengan izinNYA jua..

dan andai perkahwinan itu berlaku dengan izin YANG MAHA BERKUASA, maka, mengapa kita mesti bermuram durja, merasa tidak bahagia, hidup dalam sengsara, membiarkan hati merana, gelap menderita?

kalau kita isteri yang dinikahi dulu, maka syukurlah atas pemberian pembantu menguruskan hal suami,.. jangan sombong mengatakan …ahh aku tak perlu pembantu, selama inipun aku uruskan sendiri,.. ya .. itu cerita dulu, tapi kini , bahagiakan hati, nampakkan pada diri , bahagian indah dalam hakikat poligami.. nak kata apa lagi, kerana jika berfikiran negatif, maka hasilnya turut negatif.. deritalah kita berpanjangan..

jika kita dinikahi kemudian, ..syukurlah kerana kita masuk ke dalam rumah tangga yang mempunyai nahkhoda yang berpengalaman mengemudi bahteranya.

syukurlah kedua, ketiga, keempat isteri bahawa diri mereka dianugerahi suami yang mana dapat mereka mencurahkan bakti. agar syurga ALLAH yang indah mudah dimilikki.

usah bersedih.. nampakkan cahaya. dunia ini indah. hidup pula adalah ibadah.

layanlah suami sebaiknya apabila tiba giliran seseorang isteri, jangan digelar diri isteri pertama, isteri kedua dan bagai,.. ini status dunia, dalam kitab hisab, kita hanyalah seorang isteri, dikira atas bakti serta tahap redho, sabar dan ikhlas kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai HAMBAAllah, tidak lebih dari itu.

kita adalah sebaik-baik kejadian , ciptaan ALLAH, yang dikurniakan akal dan fikiran,.maka jangan sesekali meletakkan diri kita di tahap yang bukan selayaknya.

berfikirlah menggunakan keimanan dan ketaqwaan kita.

suami dan anak-anak adalah alat untuk mencari redho ilahi , bukan menjadi asbab memperoleh murka NYA.

berbaktilah sebaik mungkin tanpa mengira status isteri dunia.

ikhlaskan hati, sabar dan redho jadikan kunci, doa sebagai senjata dan ibadah sebagai matlamat.

hiduplah sebagaimana kehendak fitrah ALLAH, merasa bahagia apabila hati telah berpunya, taat dan patuh kepada suami tercinta.

moga semua diberkati ILAHI.

hidup ceria, berilmu, berbakti.

Advertisements

One thought on “BERKONGSI KASIH

  1. Menerima qada & qadar sebaiknye. Allah maha mengetahui. Ya allah redhoi aku & jgn biarkan aku setelah dugaan & nikmat yg telah engkau berikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s