ilusi atau realiti


Firman Allah swt:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

 

Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan FirmanNYA yang lain;

 

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.

 

Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami Telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214 yang maksudnya:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

sesungguhnya ujian dan dugaan adalah kewajiban kehidupan. Tiada manusia yang tidak diuji Allah. tanpa ujian tiada balasan sedang syurga Allah adalah untuk orang yang berbuat kebajikan walau apa ujian yang mendatang.

 

semua yang diberi kepada kita, yang dihadapi oleh kita, adalah sesuatu yang perlu kita hadapi, dengan penuh sabar, hening, ikhlas dan redho.

kita perlu melihat yang tersirat pada yang tersurat.

 

ya benar, kita dimarahi suami, memang benar suami itu ada yang panas baran, kita selalu dicondemn, selalu dipandang sebelah mata, bukan sahaja oleh suami sendiri tetapi juga saudara mara dan rakan taulan,.. nampakkan pada diri yang tersirat di sebalik semua itu..

 

kita dihina, nampak dalam diri kita..ohh.. Allah izinkan hinaan itu sampai pada kita..

muhasabah, kenapa kita dihina, mungkin benar kita sebagaimana yang dikatakan …lalu ambil positif.. okey..aku akan baiki diri aku.. kemudian campak hinaan itu, jangan disimpan di dalam hati..

 

lalu hinaan itu akan tinggal jadi ilusi yang memberi erti kepada kita,. jadikan azam untuk berubah itu sebagai realiti..

 

ya benar, kita ditimpa malapetaka, kereta rosak,.. rumah dirompak, ..masukkan dalam diri kesabaran, ohh..semua ini datang dari Allah,.tiada daya dan upaya melainkna dengan izinNya,.. kalau tanpa izinNYa tak akan mungkin rompakan berlaku, tak akan mungkin kereta rosak.. lalu sentiasa nampakkan dlaam diri yang tersirat,.

 

ini ujian,..atau balasan/akibat dari kecuaian kita..

 

lalu, muhasabah diri..ini semua berlaku bersebab.. supaya kita sentiasa berubah ke arah kebaikan..

sesungguhnya semua yang berlaku kepada kita adalah atas perbuatan tangan kita sendiri, baik ia sebagai ujian atau balasan / kesan atas tindakan kita ..

 

yang penting , kita nampak yang semua kejadian adalah dariNYA..

 

betul yang marah kita itu suami , namun itu cuma ilusi kehidupan, tapi realitinya ia datang dengan keizinan ALLAH.. sebagai ujian atau balasan untuk kita.. agar Allah boleh menilai respon diri kita, respon nyata mahupun respon batin.

 

andai suami marah,..kita tak nampak realitinya yang marah suami itu berlaku dengan izin Allah sebagai ujian atau balasan kesan perbuatan kita, maka kita rasa tertekan,.. hilang sabar,.. marah suami balik.. dia marah sepuluh patah, kita balas berpuluh-puluh patah,..akhirnya tercetus pergaduhan besar dan ungkit mengungkit,.walhal jika kita nampak realiti, tidak memandang ilusi, kita akan mampu bersabar, ikhlas dan redho dengan kemarahan suami,.

 

kita nampak ia berlaku dengan izin Allah,..untuk kita,..sebagai ujian atau balasan..

 

ye benar suami berkahwin lagi, menipu atau berterus terang,..jika kita nampak realiti perkahwinan suami itu berlaku dengan izin Allah ,.. untuk kita,..sebagai ujian atau kesan tindakan kita,..maka kita akan dengan mudah mampu sabar, ikhlas, redho dan hening menerima dan melalui kehidupan berpoligami itu,..

 

kita nampak realiti, kita tidak pandang ilusi..

 

ilusinya suami kita berkahwin lagi,.realitinya kita diuji dengan poligami oleh ALLAH.

 

untuk melihat respon kita..

 

mampukah kita memberi respon hening, ikhlas, redho dan sabar,.

 

atau kita berpegang pada ilusi,..lalu berlakulah ketidakredhoan, ketidaksabaran , ketidakikhlasan dan ketidakheningan,..

 

kita mengamuk, kita berperang, memaki hamun dan bagai,..

lalu kita ditipu oleh ilusi kehidupan sehingga ilusi itu menjadi realiti,..dan kita semakin jauh dari ALLAH..

 

bezakanlah antara ilusi dan realiti..

insyaallah kita mampu hidup tenang, sabar, ikhlas dan redho walau apa ujian kita..

Advertisements

One thought on “ilusi atau realiti

  1. sebahagian wanita mampu menyalahkan dan meletakkan kesalahan pada orang lain berbanding diri sendiri…DIA LAH PUNCA SEGALANYA…walhal sebahagiannya tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan kealpaan sendiri pada sesuatu kejadian…menyebabkan belakunya fitnah dan benci membenci dalam ahli keluarga….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s