hikmah kehidupan


kekadang dalam menjalani kehidupan ini, kita nampak hanya yang zahir, kita tidak melihat dengan mata hati, kita tidak nampak yang tersirat.

apabila diuji dengan anak yang bermasalah, kita jadi putus asa. kita tidak nampak yang anak itu menjadi tempat Allah minta kita kembali kepadaNYA. mengharap hanya pada DIA. berserah sebulatnya kepadaNYA. bermunajat memohon , menangisi ketidakupayaan kita dalam mendidik anak tanpa bantuan dariNYA.

muhasabah diri kita agar kita sedar akan kesombongan diri kita selama ini, keangkuhan kita merasa yang kita ini hebat. namun, rupanya kita hanya hamba.

tidak mampu berbuat apapun tanpa izin dariNYA.

bila diuji dengan poligami, ramai yang terduduk, tidak mampu menerima hakikat, menganggap suami curang, suami tidak mengenang jasa, waktu susah mahu membina hidup dengan kita, tatkala senang tiba-tiba berkahwin lagi.

kita merasa sebagai isteri pertama kita selayaknya merasa cemburu amat dan menyerang madu bagai orang yang hilang kewarasan.

kita tidak nampak akan indahnya yang tersirat di sebalik poligami itu. fikiran kita terhijab oleh nafsu amarah dan sifat mazmumah kita yang tinggi.

yang nampak di mata hanya kenikmatan dan kemanisan yang dikecapi oleh madu bersama suami pada waktu yang sepatutnya suami guna untuk bersama kita dan anak-anak.

terasa yang masa kita dicuri dan bagai.

sekiranya kita isteri kedua pula, kita merasa tersiksa kerana sering diperli dan dipandang hina oleh masyarakat. kita rasa menderita kerana masa suami terbahagi, kita merasa sengsara kerana kasih berkongsi. atau pada yang menjadi isteri simpanan, menderita jiwa dan raga kerana perkahwinan langsung tidak diiktiraf. kita hanya menjadi isteri dalam diam.

mengapa tidak kita pandang segala jenis kehidupan yang kita lalui ini dengan pandangan mata dari sanubari muslimah mukminah kita?

mengapa tidak kita nampak akan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua kejadian? bukankah ‘everything happens with a reason?’…

mengapa tidak kita sedar akan hakikat bahawa allah yang maha pengasih itu tidak pernah menzalimi hambaNYA?

mengapa kita tidak pernah mahu menyemat kemas dalam lipatan hati kita ingatan bahawa Allah itu maha adil? DIA maha berkuasa. Dia yang menentukan segalanya.

betapa perjalanan hidup di dunia ini amat indah dan manis untuk dilalui walau hati terhempas ke batu, walau jiwa hancur seribu, namun kita tetap teguh berdiri menyakini

bahawa ini semua berlaku kerana DIA yang menetukan segala sesuatu itu sentiasa berbuat kebaikan kepada semua hambaNYA.

biarlah suami kahwin 4 sekalipun, biarlah bukan menjadi isteri kesayangan sekalipun, biarlah tidak dihargai diri kita oleh seorang insan pun di dunia ini, tapi kita tetap nampak bahawa hidup ini indah kerana TUHAn yang cintakan keindahan sentiasa mencipta keindahan itu walau dalam apa keadaan sekalipun.

yakinlah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s