memandang dengan mata apakah kita ini?


meminjam peumpamaan daripada ustaz zul ramli, saya olah entri kali ini.

apabila kita melihat, dan mentafsir kehidupan kita di dunia yang fana ini, pandangan mata apakah yang kita guna?

adakah pandangan mata lalat atau pandangan mata lebah?

mengapa begitu yer?

lebah namanya sehingga disebut dalam al quran. malah ada satu surah khas menggunakan nama lebah ; annamlu.

hidup lebah, ambillah pengajaran…

dan darinya keluar madu yang manis, yang menjadi ubat bagi manusia…

malah rasul sendiri menjadikan madu lebah sebagai ubat bagi penyakit yang berasal dari perut,.. sedang kebanyakan penyakit memang berpunca dari perut..

lalu, apa istimewanya lebah dan bagaimana pandangan matanya berbeza dari pandangan mata lalat?

lebah, makhluk kejadian Allah yang senantiasa mencari bunga-bunga yang indah, wangi dan manis untuk dihinggap dan dihisap madunya bagi mencipta pula madu lebah..

 

andai dia berada dalam kawasan yang penuh dengan sampah sarap sekalipun, mata lebah tetap mencari kewujudan  bunga, dimanakah letaknya flora indah dan wangi dalam timbunan sampah yang busuk itu, dan dia akan tetap hinggap pada bungaan..

manakala lalat pula, matanya sentiasa mencari dimanakah adanya sampah dan sarap, bauan yang busuk untuk dia hinggap dan singgah, walau dia ketika itu berada dalam kebun bunga yang terbentang luas , dipenuhi dengan bungaan yang cantik, dikelilingi oleh bauan bunga mekar yang harum, namun sang lalat tetap tidak nampak semua itu, kerana dia hanya fokus pada mencari dimanakah letaknya bangkai dan bau yang hanyir.

lantas, andai kita mahu mengambil hidup lebah sebagai pengajaran, dengan mata siapakah yang mahu kita terbang dalam alam sementara ini untuk kita gunakan sebagai alat melihat?

beruntunglah sekiranya kita menggunakan mata lebah, kerana walau kita dikelilingi insan negatif, kita tetap dapat yang positif, andai kita ditenggelami dalam ujian hebat, kita tetap merasa bahagia, andai kita dicicipi kepahitan hidup, namun, yang terasa hanya kemanisan iman, walau kita dihujani mehnah dan tribulasi, kita tetap mampu mengambil yang cantik darinya, dari mana jua kita datang, bagaimana keadaan kita, kita tetap memandang bahawa pasti akan ada cahaya mentari di sebalik mendungnya awan hitam.

aduhai malangnya kita, jika kita memandang menggunakan mata lalat, walau disirami ribuan nikmat, kita tetap nampak kepahitan, kita tetap merasa penderitaan, kita tetap tenggelam dalam kesedihan, kita tak mampu bangun dan keluar dari kemelut kegetiran. hanya kerana kita sentiasa mencari yang busuk , walau diliputi jutaan wangian, kita tidak perasaan, kita  tidak nampak, kita buta mata hati.

hidup berilmu, ceria selalu…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s