kesan dosa dalam hidup


buku tulisan ibnu qayyim yang diterjemahkan oleh ustaz ahmad asri lubis;

membincangkan tentang betapa besarnya kesan dosa yang kita lakukan baik secara tidak sengaja apatah lagi sekiranya sengaja dan dalam keadaan sedar melakukannya terhadap diri kita,..

1. hati menjadi sakit dan tidak normal

2. membutakan mata hati

3. menyebabkan jiwa menjadi kecil

4. menjatuhkan mertabat dan kedudukan

5. mengurangkan fungsi akal

6. memutuskan ikatan hamba dengan Allah

7. melenyapkan keberkatan agama

8. membutakan hati nurani

9. menghilangkan nikmat Allah

10. meyebabkan timbulnya pelbagai kerosakan

11. menghilangkan sifat malu sedang malu itu adalah sebahagian dari keimanan

12. melemahkan sikap membesarkan allah

13. menjadikan Allah melupakan dan membiarkannya, nauzubillah

14. terkeluar dari lingkungan ihsan Allah, nauzubillah

15. melemahkan hati

16. menghilangkan nikmat dan menarik bala

17. menghadirkan perasaan takut dan cemas sentiasa

18. menimbulkan perasaan liar dalam hati.

keadaan hati yang suci bersih adalah pra syarat menarik hidayah Alklah sedang dosa menghitamkan hati. lalu, orang yang berdosa hanya menarik kezulmatan dalam diri dan menjadikan aura dirinya kelam dan sirna tanpa cahaya.

sabda rasulullah;

ingatlah dalam jasad terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad . dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. ketahuilah ia adalah hati.

cara menghilangkan kezulmatan diri pula adalah istighfar dan taubat ilallah..

elakkanlah dosa . moga cahaya allah sentiasa berada dalam diri kita.

Advertisements

5 thoughts on “kesan dosa dalam hidup

  1. Buku wajib dimiliki
    Bagi si hamba yang memiliki keprihatinan terhadap kehidupan dan ingin mencapai kehidupan yang cemerlang duniawi-ukhrawi, maka buku Kesan Dosa ini adalah termasuk buku wajib yang mesti dimiliki, dibaca, dan dihayatinya. sebab dosa adalah racun, dosa adalah musuh, dosa adalah pemusnah, dosa adalah hijab. Anda tidak solat, anda suka melengah-lengahkan solat, anda tidak menikmati solat khusyuk, anda malas menjadi tetamu Allah (mendatangi rumah Allah / solat berjamaah), anda berat menunaikan solat nawafil (solat sunat), anda gemar melakukan kesia-siaan (besama media elektronik, contohnya), kepekaan mengenai pemergian dan kegunaan waktu / masa sangat rendah, dan lain-lain fenomena dan gejala kerugian dan kebinasaan yang melilit kehidupan individu, keluarga, dan masyarakat era golobalisasi, adalah termasuk kesan dosa dalam kehidupan yang anda lalui. Segeralah kemabali ke jalan yang betul, jadikanlah buku Kesan Dosa.. acuan kehidupan anda dan orang tersayang (‘Hindarilah dirimu dan keluargamu dari azab neraka’- firman Allah). Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan si mukmin menelaah dan menghayati buku Kesan Dosa.., kerana pada bulan Mubarak ini Allah lebih dekat dengan hamba-Nya, si hamba lebih berpotensi meraih syurga, lebih mudah menjauhi jalan ke naraka. Bulan Ramadhan adalah bagaikan musim bunga, bunga keinsafan, bunga ketaatan si mukmin sepatutnya kembang mekar pada bulan Ramadhan Mubarak. Kuntum bunga yang masih mengecut pada bulan mulia ini menandakan terdapat racun dosa yang dahsyat padanya (wal ‘iyazu billah). Semaklah dengan saksama buku ini dan buku seumpanya pada bulan mulia ini semoga hidup lebih bermakna dan lebih mermanfaat…wallahul muwaffiq !!!
    Bandar Seri Begawan, 7 Sya’ban 1431
    Ahmad Asri Lubis (Penterjemah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s