getaran tubuh


percaya atau tidak, setiap saat dan masa tubuh kita mengeluarkan getaran…

getaran pula hanya ada dua;

1.  getaran positif

2.   getaran negatif

dan ironinya, khazanah Allah akan memberi lebih banyak getaran yang sama yang telah kita hantar pada khazanahNya.

pada saat kita merasa syukur, kasih, cinta, bersemangat, berkeyakinan, bangga; kita sedang menghantar getaran positif pada khazanah Allah,.. maka, yakinlah, Allah akan memberi getaran yang sama dengan lebih banyak lagi..

kerana bukankah janjiNya; andai kamu bersyukur maka akan Ku tambah nikmatKu padamu, sekiranya kamu engkar, maka ketahuilah azabKu amat pedih…

sebaliknya, bila kita rasa sedih, kecewa, stress, patah hati, terluka, maka kita sedang menghantar getaran negatif, maka yakinlah, Khazanah Allah akan memberikan suasana yang akan membawa kita kepada getaran tersebut dengan lebih banyak lagi,..

lalu, bagaimana caranya untuk sentiasa menghantar getaran positif dan seterusnya menarik lebih banyak getaran yang sama dalam kehidupan kita dengan lebih banyak juga?

ya,..ada caranya,

dengan menaikkan kekuatan rohani,..

kekuatan rohani yang kuat akan membuatkan jiwa kita kuat,.. iman kita tinggi dan spritual kita teguh..

apabila kekuatan spiritual kita tinggi , maka datanglah ujian yang bagaimanapun, kita tetap akan merasa syukur atas anugerah Allah,.. lalu, makin banyak nikmat yang Allah akan beri kepada kita..

bagaimana mahu menaikkan kekuatan rohani?

kekuatan rohani akan menjadi teguh, jika teguh hubungan kita dengan Allah. Hubungan Allah kukuh apabila kita rapat denganNya,..

bagaimana mahu rapat dengan Allah?

andai kita punya kawan karib, bagaimana kita mahu rapat dengannya?

bukankah kita selalu bercerita dengannya? berbual dengannya,.. apabila dia panggil, kita akan segera datang,.. kita sentiasa mahu bersendirian dengannya,.. dan melakukan sesuatu bersama..

maka begitulah jika mahu rapat dengan Allah,.

sentiasa bermunajat denganNYa,.. berkata-kata denganNya,… bercerita denganNYa,.. apabila DIA memanggil, segera datang,.. sentiasa membaca KALAMNYA,..

jiwa yang sentiasa begitu,.. dipenuhi dalamannya dengan cahaya,.. jiwanya teguh, kekuatan rohaninya tinggi..

maka orang yang begini,.. mana mungkin dia akan menderita , kecewa, dan patah hati dengan apa jua Qada dan Qadar yang telah ditentukan TEMAN KARIBnya kepadanya…

apabila tiada perasaan tersebut, maka tiadalah getaran negatif yang dihantar,.. dan apabila hanya ada dua getaran sahaja,.. maka jika tiada getaran negatif yang dihantar, maka yang ada tentulah getaran positif sahaja,..

jadi,.. berbahagialah jiwa yang tenang dan menenangkan..

Advertisements

5 thoughts on “getaran tubuh

  1. akak intan,
    menarik artikel ni kak, tp kak, klu pd penglihatan kita ape yg diberikan itu mungkin tidak boleh diusahakan lagi
    kita msih blh berdoa kan kak….adakah sy jua termasuk dlm org yg tidak mnerima qada dan qadar klu begitu?
    kerana masih mengusahakan apa yg tak boleh diusahakan lg..

  2. maksud sy kak,
    klu kita masih mengusahakan dan mendoakan perkara yg diri sendiri dan org lain berkata xmungkin untuk berhasil,
    adakah itu dikira sy jg x redha dgn qada dan qadar?
    sprt soal jodoh, msih brusaha dan berdoa walupn mustahil krn pelbagai tentangan, adakah sy x redha?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s