PENGUASA MANUSIA


pernah dengarkah kisah saidatina Asma’. Bagaimana keadaannya ketika remaja? tatkala ayahanda tercinta bersama sahabat karibnya Rasulullah  Junjungan Mulia mahu berhijraj ke Madinah?

Dialah yang menjadi penghantar makanan mereka, berjalan sendirian tanpa teman di waktu malam hari, menjauhi syak wasangka para musyrikin mekah sehingga tatkala dikejar dan ditampar Abu Jahal kerana merahsiakan perihal rasul dan ayahnya, dia tetap teguh dengan pendirian. sangat tinggi keyakinannya tanpa berbelah bahagi yang Penguasa Alam akan membantu.

Dia Diberi julukan sebagai ‘dzatun nithaqain’ oleh Rasulullah yang membawa erti “wanita yang mempunyai dua tali pinggang“, kerana dia mengoyakkan tali pinggangnya untuk dijadikan  tali ikatan makanan baginda. Lalu rasul tercinta yang tersentuh hatinya melihat gadis kecil yang berani itu mendoakan agar tali pinggangnya kelak diganti dengan yang jauh lebih baik di syurgaNya nanti.

kesengsaraan yang dilaluinya, diharungi dengan tabah. kerana Asma’  hijrah rasul berjaya. dan dengan hijrahnya nabi yang mulia, berkembanglah Islam . hijrah yang menjadi titik penting perkembangan Islam dibantu oleh  remaja puteri  bernama Asma’.

lalu, persoalannya kini, dimana letaknya kita nanti andai ujian kita dalam dunia yang moden ini, yang dalam dunia tempat tinggal kita, tiada lagi abu jahal, abu sufian dan lainnya untuk menyiksa mereka yang beribadah, kita tetap kalah.

yang walau kita dilimpahi  nikmat, kita tetap kecundang. tak mampu redho dengan ujian dan qada qadar allah swt?  dimanakah kita?

hayatilah surah al Mulk.. KUASA PEMERINTAHAN.

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 30 ayat. Dinamakan surah “Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Taala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.

Intisari kandungannya:

Menegaskan bahawa Allah Taala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk- makhlukNya untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka: Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya.

Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang-orang yang kufur ingkar. Sebaliknya: “Orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. “(Maka lakukanlah perbuatan kamu di tempat yang tersembunyi atau yang nyata) dan tuturkanlah perkataan kamu secara rahsia atau terang-terang, (sama sahaja keadaannya kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada, (apa lagi bila keluarnya berupa perbuatan atau perkataan)”.

Setelah menerangkan berbagai jenis nikmatNya yang telah dilimpahkanNya kepada makhluk-makhlukNya, lalu diperintahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) menegaskan: Bahawa Allah jualah yang menciptakan kamu dari tiada kepada ada, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) –

semoga berilmu dan beramal.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s