banyakkan sedeqah


sabda rasul yang mulia,..

bersedeqahlah walau dengan sebelah tamar.

sesungguhnya bersedeqah banyak sekali barokahnya,..

bukan sahaja dia menyucikan harta tapi dia mendidik hati,..

selain pintu rezeki semakin luas kepada sesiapa yang menjdikan sedeqah amalannya,. dia juga bersih dari sifat mazmumah…

banyakkan lah bersedeqah,..

terutama kepada suami, anak anak , keluarga terdekat, kaum kerabat dan jiran tetangga,..

sabda junjungan mulia lagi.
wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..” (Riwayat Muslim)
Sedeqah
Sedeqah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedeqah juga termasuk:-
a. Tuturkata/ percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.
Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering meyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.

Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya”.

1. Memberi salam
2. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga.
Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedeqah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah.

‘siapa yang mahukan kebaikan di dunia, maka hendaklah ia berilmu, siapa yang hendak kebaikan di akhirat , maka hendaklah ia berilmu, siapa yang mahukan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, maka hendaklah dia berilmu.

nidup berilmu, beramal, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s