keikhlasan


keikhlasan adalah suatu yang sangat subjektif dan tiada siapa yang tahu hati kita ikhlas atau tidak kecuali Allah. bagaimana mungkin kita mampu mengatakan yang hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui kita ikhlas atau tidak?

atas dasar apa kita mampu menilai diri kita ikhlas?

sedang ilmu kita cetek dan nafsu kita menggunung…

namun, sentiasalah menaruh harapan dan berdoa untuk melakukan sesuatu secara ikhlas dan dimakbulkanNya keikhlasan kita… itu adalah dituntut.

apa yang pasti. sifat ikhlas atas sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang kekal.

keikhlasan itu terletak di hati. sesuatu yang terletak di hati bersifat sementara sahaja . ia perlu dipelihara, dibaja dan tidak dirosakkan oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan yang direjam.

apa jua yang melibatkan hati, ia bergolak mengikut emosi. bermakna ia bersifat  fatamorgana, tidak abadi. selagimana kita berjaya mengawal emosi dan berharap pada Allah , kita mampu memperbaharui keikhlasan.

sekiranya kita memasuki sesuatu perkahwinan atas dasar keikhlasan, maka sentiasalah berdoa agar keikhlasan itu berterusan mewarnai perjalanan hidup rumah tangga kita kerana yakinlah tanpa keikhlasan, kebahagiaan menjadi semakin sirna. dan penentu keikhlasan itu pula bukannya kita,.kita hanya mampu berusaha untuk ikhlas dan mengharap padaNYA agar sifat ikhlas itu  menjadi milik kita.

pokoknya, untuk menjadi positif, apa yang kita bisikkan di hati harus melewati keinginan berbuat sesuatu untuk mengatasi insan lain. bagaimana kita mengatakan perkahwinan itu atas dasar keikhlasan sedang hati kita mahu menandingi insan lain,..

bukankah sifat ikhlas itu hanya menjadi ikhlas sekiranya kita melakukannya kerana ALLAH semata ,.. bukan atas dasar lain, hatta hanya untuk  mencuba menjadi positif. apatah lagi , sekiranya perbuatan kita itu niatnya untuk menawan hati seorang hamba dan mahu menandingi hamba yang lain pula…

berhati hatilah dengan bisikan hati,.. kerana bukan semua bisikan dari NYA, kebanyakan bisikan datang dari hasutan syaitan atas ketamakan nafsu sendiri.

dan dari dulu lagi , mata pena sentiasa berjaya menjadi alat merubah minda,.. dengan izinNYA.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s