hanya keranaNya


apa jua yang kita lakukan harus kerana Allah swt.

sia – sialah sesuatu perbuatan itu andai apa yang kita buat bukan keranaNya.

dalam perhubungan dengan manusia juga begitu, kita berbuat baik sesama kita, niatnya haruslah kerana Allah.

hubungan bagi kita kaum hawa, yang besar, adalah hubungan dengan suami.

lalu, apa jua yang kita lakukan , baik khidmat, bakti,layanan, perbualan dan segalanya berkaitan dengan suami kita, haruslah berdasarkan niat kerana Allah.

hanya dengan niat yang satu ini sahaja , kita mampu melalui perjalanan hidup berumah tangga bukan sahaja dengan aman malah dengan penuh kebahagiaan.

ini tanpa mengira, perkahwinan jenis apa yang kita miliki, baik ia monogami mahupun ia poligami.

selagi semua perbuatan kita berasaskan ilallah, maka , insyaallah, hati kita damai, tenang dan mengecapi kebahagiaan hakiki.

allah sendiri yang masukkan kebahagiaan dan ketenangan itu dalam hati kita.

jangan sesekali, berniat untuk melayan suami dan menawan hatinya kerana mahu mengatasi hamba allah yang lain.

perbuatan itu hanya sia-sia.. tidak bermakna,. malah menggambarkan betapa busuknya hati kita. betapa tidak ikhlasnya layanan kita itu.

kesannya sangat buruk, andai allah tunjukkan di belakang hari nanti, wanita yang mahu kita tandingi itu nanti, rupa-rupanya tidak pernah berada di belakang kita,.. rupa-rupanya dia sentiasa di hati suami kita, walaupun tatkala suami itu bersama dengan kita,..

maka, tatkala itu, hati akan menderita, kecewa kerana setelah semua layanan  yang  kita  beri,. yang terbaik, yang first class,.. rupanya tiada membawa makna apa-apa..

baru kita sedar,, kita telah membuang masa kita, tenaga , masa dan segalanya,.. hanya kerana niat kita melayan suami itu ,  mahu berebut kasih suami, semata-mata mahu menandingi isterinya yang lain..

sedangkan andai kita ikhlas berkhidmat melayan suami, kita tidak pernah mempersoalkan kedudukan kita di hatinya,.. kita redho walau dia meyayangi isterinya yang lain lebih dari kita,.. kita masih tetap mampu memberi yang terbaik,.. malah kita nampak bahawa suami itu adalah tempat kita mendapat sebanyak – banyak pahala..

kasih suami ,.. ia akan datang sendiri,.,

kerana niat kita hanya satu,, berbakti pada suami HANYA KERANA ALLAH,.. bukan kerana mahu bersaing, mehu memiliki kasihnya yang paling banyak dan bagai,..

ketahuilah ,.. niat yang selain dari ALLAH hanya membawa padah pada diri sendiri,..

pahala tidak dapat, kekecewaan yang menguasai diri,..

sedarlah, wahai para isteri,.. siapa pun kamu, isteri ke berapapun kamu, semua itu tidak menjadi kudis kepada isteri yang lain kecuali mereka yang gagal..

salah satu petanda orang yang gagal adalah mereka yang banyak berfikir tentang orang lain,.. manakala ciri ciri orang yang berjaya adalah mereka yang banyak memuhasabah diri sendiri dan membetulkan kelemahan diri HANYA KERANA ALLAH.

hati yang penuh hasad dan dengki , adalah hati yang tidak pernah mahu berpuas hati dengan apa yang kita miliki sebaliknya sibuk memikirkan bagaimana mahu mengatasi orang lain kerana ketamakan diri kita sendiri,..

sedang sabda rasulullah tercinta,,

tidak dibenarkan hasad pada saudara nya yang lain kecuali atas dua perkara,..

ilmu yang banyak yang digunakan ke jalan allah dan harta yang banyak yang dia gunakan untuk jalan allah,..

hanya untuk dua perkara itu sahaja kita dibenarkan berlumba-lumba,,.. bukan kerana merebut kasih suami dan mahu menjadi yang pertama di hatinya,..

ceteknya akal kita dan tingginya sifat mazmumah kita andai kehidupan berumah tangga kita , kita fokuskan ke arah itu,..

hidup berilmu, ceria selalu..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s