keseimbangan


Dalam kehidupan, kita amat memerlukan keseimbangan ,. malah dunia ini wujud kerana keseimbangannya. tanpa keseimbangan  itu , dunia  ini tiada.

Agungnya keeesaan Allah.

Namun, begitu juga dengan penciptaan kita.

Hadirnya kita di alam ini adalah hasil keseimbangan ciptaan Allah swt,…

Untuk bahagia dan melalui kehidupan sebagaimana yang dikehendaki Allah maka kita turut perlu meyeimbangkan diri kita,..

keseimbangan ini merangkumi empat faktor.

1. emosi

2. fizikal

3. rohani

4. mental.

tanpa  abiliti meyeimbangkan empat perkara ini, kita tidak mampu untuk menjadi khalifah.

sekiranya kita bukan khalif,.. maka kita adalah hamba,. hamba kepada nafsu,. hamba kepada emosi ,.. dan lainnya.

sebagai kaum yang allah jadikan untuk meyeimbangkan kaum adam di muka bumi ini,.. kita wajib akur pada amanah dan sunnah alam. kita adalah pembantu. pembantu kepada kaum adam.

kita adalah peneman, peneman mereka.

allah menjadikan kita untuk mengubat kesunyian di hati mereka,..  untuk menjadi suri yang menerangi dunia mereka ,.. untuk menjadi umbi dalam keutuhan mereka,.. menjadi obor yang menunjuki jalan mereka…

lalu, kembalilah kepada fitrah.

banyak sekali permasalahan yang timbul ekoran daripada perkongsian kaum adam pada hawa.

ramai sekali kaum hawa yang kecundang apabila adam mereka allah taqdirkan turut menjadi adam untuk hawa yang lain.

subhanallah.

lihatlah diri. selamilah hati.

kita ini bukan sesiapa. hanya seorang hamba kepada Tuannya.

maka,. mengapa perlu berebut dan mengadu domba untuk seorang hamba yang lain?

apa kebaikan dan manfaatnya untuk diri kita?

kepada isteri pertama,.. mengapa perlu merasa kasih suami anda dirampas? kasih. sayang dan cinta bukan hak anda… ia adalah anugerah allah. untuk diperlakukan sebagaimana rasaNYA… namun, yakinlah, DIA tidak pernah menzalimi hambaNYa,.. andai cinta, kasih dan sayang makhluk bukan milik kita, maka sememangnya DIA Yang Maha Mengetahui menjadikan  itu atas penegetahuanNYA,.. sebagai yang terbaik untuk kita.

yakinlah,.. DIA adalah sebagaimana yang kita fikirkan. jika kita fikir dunia ini tidak adil,.. maka kita akan menarik lebih banyak ketidakadilan dalam kehidupan,.. kerana itu yang kita fikirkan,.. dan ALLAh akan beri apa yang kita fikir dan pegang.

fikirkan betapa ALLAH maha cintakan kebajikan untuk hambaNYa , maka walau apa situasi kita, kita hanya akan menarik lebih banyak kebajikan dalam dunia kita.

kalau cinta suami yang kita kejar, cinta itu hanya fatamorgana.. namun, jadikanlah kekuatan cinta kita pada suami sebagai pelita kehidupan untuk kita tarik keredhoan TUHAN. Insyaallah, anugerah dan ganjaran yang menanti kita jauh lebih besar baik di dunia ini mahupun di akhirat sana.

kepada isteri kedua, ketiga dan keempat,.. suami anda bukan milik anda seorang,.. dia telah terlebih dahulu menjadi dahan tempat berpaut wanita lain dalam hidupnya dan mungkin telah membentuk keluarga sebelum kehadiran anda.

mengapa perlu cemburu, bersifat hasad, merasa tidak puas hati dan bagai,.. sedang kita sedar jalan rumah tangga yang kita pilih penuh ranjau dan duri.

hiduplah dengan penuh harmoni dan seimbang andai poligami ditaqdirkan menjadi qada dan qadar anda semua.

tanpa keseimbangan itu,.. mana mungkin kebahagiaan akan wujud.

kawallah emosi dan mental. peliharalah jasad fizikal dan mantapkanlah rohani.

sesungguhnya kita adalah khalifah. sebaik baik kejadian allah di muka bumi ini. maka jadilah seorang khalifah.

masa kian berlalu, masa tidak pernah menanti sesiapa,.. jangan terlalu lama berdiri di hadapan pintu kelukaan sehingga masa yang pergi sudah terlalu jauh untuk kita gapai semula.

jangan sesekali juga berada dalam rumah keangkuhan kerana masa itu akan bertukar menjadi pedang dan menghiris segala milik kita.

hidup berilmu, beramal, ceria selalu…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s