kehebatan ahli badar – dari abi ahmad


Ahli Badar adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw yang keluar bersama-sama Baginda Nabi saw untuk menyekat kafilah dagang Abi Sufyan yang kecil. Tiada dalam fikiran 313orang manusia hebat ini bahawa mereka sedang menuju kepada taqdir peperangan. Mereka tidak menyangka bahawa Abu Sufyan telah dapat menghidu gerakan mereka dan menghantar utusan memhon bantuan dari musyrikin Mekah. Bila ditanya oleh Rasulullah bahawa mereka akan menghadapi pasukan yang besar dari Mekah mereka tetap tidak berganjak untuk bersama-sama Baginda Nabi saw. Bahkan bila mereka sudah mengetahui kekuatan sebenar musuh pun mereka tetap berkata kami akan bersamamu wahai Nabi Allah. Mereka benar-benar yakin untuk menghadapi pedang musyrikin dengan pelepah tamar. Mereka tidak gentar berjalan dan berlari menghadapi tentera berkuda quraisy Mekah. Dunia telah meyaksikan bagaimana kulit mereka bergeser dengan baju besi dan perisai Mekah. Keyakinan yang tinggi terselinap di bawah kulit mereka bahawa pasukan mereka tidak kan dipersia-siakan Allah.

Ahli Badar percaya bahawa Allah lah yang mengenggam segala ka inat (makhluk). Segala ka inat tidak memberi bekas. Pedang tidak akan melukakan kulit mereka tanpa izin Allah. Perisai musuh akan tembus dengan tebasan pelepah tamar mereka jika dikehendaki Allah. Bilangan seribu bukanlah bergerak dengan kudrat lain dari kudrat Allah. Tetap semuanya bergerak dengan kekuatan yang datang dari sumber yang sama dengan kekuatan yang mengalir dalam darah, otot dan sendi mereka. Jika kekuatan itu menyebelahi mereka maka hilanglah segala kelebihan yang ada pada bilangan tentera dan keampuhan senjata serta kekebalan baju besi. Bila tabiat alam ditukar oleh Allah untuk memberi kelebihan kepada pihak ahli Badar, maka berlakulah seribu satu kejaiban dalam peperangan ini sehingga sejarah mencatat kemenangan kepada pihak Nabi dan sahabat ahli badar.

Ahli Badar berpegang kepada hukum tauhid atau hukum ketuhanan. Mereka yakin matahari pun tunduk kepada kekuasaan dan kehendak Allah. Mereka amat yakin bahawa Allah adalah sumber kepada segala taqdir. Alam ini berjalan di atas ketentuan Allah pada setiap saat. Mereka yakin bahawa Allah akan membantu mereka sehingga Allah telah memberi kemenangan kepada pelepah tamar ke atas mata pedang. 313 orang mengatasi 1000orang. Pasukan perang serba lengkap kalah kepada pasukan patroli yang kecil. Keyakinan ahli badar ini perlu diamati dan diambil panduan. Amat mudah untuk kita mengagumi dan berkata mari kita ikut sunnah ahli badar.dalam keyakinan bertauhid kita. Namun hakikatnya, untuk mencapai darjah atau maqam iman yang sedemikian tinggi bukanlah hanya dengan sebutan dan perbahasan semata-mata.

Jalan Mencapai Tauhid Ahli Badar

Menurut Syaikhuna Tokku Hj Ibrahim Hj Mohamad, pembinaan tauhid perlu bermula dengan mempelajari tauhid usuluddin yang dikenali sebagai pelajaran sifat 20 di alam Nusantara. Dengan memahami i’tiqad dalam mazhab ‘Asya irah atau Maturidiah ini, asas kefahaman kita tentang aqidah akan terselamat dari fahaman yang menyeleweng. Cukup dengan pelajaran yang agak ringkas ini utuk menjadi benteng dalam menghadapi selitan-selitan racun iblis. Fahaman muktazilah yang pernah diranapkan oleh Al Imam Al Ghazali dengan tersungkurnya dan bertaubatnya Al Zamakhsyari mula menampakkan kewujudan semula. Aliran pemikiran Aminah Wadud yang cuba memahami Islam melalui daya intelek yang tiada disiplin ilmiah adalah amat mirip dengan faham muktazilah. Bunga-bunga fahaman ini juga boleh dilihat dalam bicara yang mempertikai atau mempersoalkan khazanah thurath. Mengambil fahaman asas aqidah lewat bicara sifat 20 adalah jalan yang selamat dari kegelinciran faham, praktik atau adab sebagai seorang mukmin.

Menurut Syaikh Abdul Qadir Isa rahimahullah dalam kitabnya Haqaiq Tasawuf, pelajaran tauhid usuluddin adalah muqaddimah kepada aqidah. Kenyataan ini memberi jawapan yang tepat kenapa dengan sifat 20 kita masih lemah dan terjajah. Sehingga ada yang memperkecilkan peranan usuluddin dalam membina ummah yang kuat pemimpin dunia. Syaikhuna mendidik kami supaya tidak terlekat dengan iktiqad aqliyyah usuluddin. Pendekatan yang dibawa adalah selari dengan uslub pendidikan dalam ayat ke 2 suratul jumuah.

Dia yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayatnya menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Kami diasuh supaya menjalani pendidikan tauhid melalui fasa amal menyucikan batin daripada segala aghyar. Kami ditalqinkan zikir yang sampai sanadnya kepada Baginda Nabi saw yang menadi wasilah untuk mencapai hakikat ihsan yang disebut hadis masyhur petikan Imam Nawawi rahmahullah dalam kitab Arba’in (Hadis 40). Saidina Jibril bertanya dan dijawab Saidina wanabiyyina Muhammad saw, bahawa ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak nampak maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

Bicara tauhid guru kami membuka rahsia kitab Hikam yang disyarah oleh Tokku Pulau manis. Kami menyelusuri pegangan, adab akhlak, pandangan matahati, rahsia alam serta diri dan sirr Ilahiyah dalam memahami kalimah tauhid secara halus. Tauhid yang membincangkan hal-hal yang mendalam begini membawa kami memahami bagaimana generasi yang berada di bawah dagu Rasulullah saw menjadi kaum yang sebegitu hebat dan berjaya memimpin dunia kepada cahaya kecemerlangan dunia akhirat. Mereka telah menakluk dunia dengan kesucian tauhid yang telah menghasilkan kekuatan dalam kehalusan kemanusiaan.

Advertisements

2 thoughts on “kehebatan ahli badar – dari abi ahmad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s