sedikit renungan dari seorang sahabat


salam buat semua,…

sesungguhnya hidup kita ini adalah dalam arrahman dan arrahimNya Allah swt,..

dalam cinta allah,.. kerana itu mengikut ilmu tasawuf,.. cinta allah tak perlu dicari sebaliknya perlu dirasai,..

kita sememangnya dalam cinta allah,.. betapa allah menyayangi kita, maka diberiNya kita ujian,.. betapa allah mencintai kita, maka kita diberi nikmat,.. segala apa yang diberi allah dalam hidup kita,.. itu adalah bukti cinta allah,..

allah menjadikan seseorang itu buta,.. kerana cintaNya pada orang itu,.. tatkala hati dia lara mempersoalkan kenapa dia Allah jadikan tidak dapat melihat sedang orang lain dianugerahkan penglihatan yang dapat melihat betapa indahnya dunia ini,.. namun, saat hatinya sedar betapa nanti di akhirat sana,.. tika semua insan disoal dan dipertanggungjawabkan atas nikmat mata, di jalan mana ia digunakan,.. maka hatinya bersyukur kerana tidak perlu melalui proses hisab yang panjang,..

apabila seseorang diuji dengan poligami,.. hati merintih mengapa dia diberi ujian sedemikian sedang orang lain bahagia diulit suami,.. dia, sudahlah diuji dengan poligami, suaminya pula tidak mampu adil dan berat sebelah, nampak hanya cantiknya madu,..

lalu, bila nanti diakhirat sana,.. tatkala semua hati di hisab dengan sesuatu yang sebesar zarahpun,.. namun, bila sampai pada dirinya,.. dengan keadaan ketidakadilan yang diterimanya namun , dia mampu redho,..

lalu allah terus masukkan dia dalam syurgaNya berbanding insan yang monogami dan sentiasa dibelai suami,..

saat itu,.. hatinya sangat bersyukur ,.. andai allah tidak anugerahkan ujian poligami dan suami yang menzalimi,.. belum tentu dia insaf dan sedar betapa semua ini hanyalah fatamorgana dunia yang fana sahaja…
itu bagi orang yang mampu menguasai nafsunya,. lalu ia redho..

allah tidak memandang betapa berat ujian , dugaan atau bala yang diterima seseorang kerana itu semua adalah dariNya,.. Dia yang mengizinkan,.. Dia yang mengaturkan sesuatu itu berlaku,..

tetapi allah memandang apa respon hati dan diri seseorang pada semua ujian itu,.. baik ia bertimpa-timpa atau sekali sekala,..

adakah hati itu mampu redho atau sentiasa berkeluh kesah,..

hati yang tidak mampu redho dengan ikhlas sebaliknya sering mempertikaikan kenapa suami melayannya begini dan begitu,,,.. kenapa madu mendapat lebih dari dirinya…. sebenarnya itu lah hati yang masih lagi bergelumang dalam tingkatan nafsu yang paling bawah,..

sedang untuk redho, dia perlu berada dalam tingkatan nafsu yang jauh lebih tinggi,..

lalu di sinilah kekuatan kita diperlukan untuk sentiasa berinteraksi dengan allah dan membuka hijab hitam yang meyelubungi hati kita..

lalu berlakulah proses tingkatan nafsu sehingga diri kita berada di takuk nafsu yang paling atas,..

dan bila tiba saat itu, berulang lah kisah zulaikha dan yusuf,.. setelah mereka bergelar suami isteri,..

kita dah tenggelam dalam cinta allah dan tidak lagi endah apakah hak kita dipenuhkan suami atau tidak,.. kerana kita yakin walau apa layanan suami terhadap kita,.. ia berlaku dengan izinNya.. lalu kita redho,,

bukalah hijab hati dengan istighfar…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s