cinta sebelum kahwin


cinta itu sangat penting dalam kehidupan dan ia fitrah manusia…

namun, ramai yang kecundang dalam percintaan dan ia mengundang pelbagai penderitaan dan trauma perasaan,..

ada yang memegang konsep cinta itu buta,.. cinta itu segalanya..

apa yang sepatutnya ada pada percintaan?

rasanya, semua mahu bercinta, mencinta dan dicintai,.. adat orang bercinta mahu bersama, menyentuh dan memadu asmara.. semuanya mengharapkan agar cintanya berkekalan  hingga ke akhir hayat,..

bangun sahaja dari tidur, yang pertama diingati adalah kekasih hati,.. seharian berjaga yang bermain di mata dan fikiran hanyalah yang dicintai,.. sebelum memejamkan mata.. yang mnjadi rindu bayangan tetap yang bertakhta di hati…

lalu, mengapa bila diijabkabulkan ,.. tiba- tiba sidia yang selama ini menjadi pujaan hati,..angauan jiwa,.. eh..eh.. rupanya bukan pasangan yang dimahukan,..

hati tiba-tiba menjadi hambar,.. cinta terus sirna. layanan pun kasar,.. suara meninggi sahaja.. memandang wajahpun tidak mahu,..

semua ini adalah realiti,.. statistik perceraian semakin meningkat ,. tahun demi tahun.

sebenarnya,.. inilah risiko bercinta sebelum kahwin..

Advertisements

4 thoughts on “cinta sebelum kahwin

  1. saya kenal bekas suami saya pun lepas kami tunang..dlm masa 6 bulan kami kahwin..kahwin atas pilihan keluarga..4 bulan yg pertama saya rasa sungguh menyiksakan krn baru hendak mengenali hati budi bekas suami..keadaan berubah bila saya disahkan mengandung pd bulan kelima perkahwinan..br la rasa diri disayangi…tapi selepas melahirkan..keadaan jadi seperti 4 bulan yang pertama ..sehinggalah 10 tahun saya bertahan..akhirnya kami berpisah jua…cinta sebelum atau selepas kahwin rasanya tak penting…yg penting bagaimana kita dan pasangan melayari bahtera kehidupan dgn penuh rasa respect dan penuh kasih sayang…

  2. salam…sy blum berkahwin..ada keinginan tp perancangan masih samar2..sgt2 setuju dgn siti…cinta sebelum o selepas kawin xbegitu relevan, yg penting bagaimana kita mencorak kehidupan dan menangani dugaan2 yg datang..buktinya ada yg berkahwin tanpa saling mengenali tp perkahwinan mampu bertahan ke anak cucu..ada pula yg bercinta bagai nak rak, bertahun2 menyulam kasih tp berkahwin cuma bbrp bulan dah bercerai berai…

  3. tak semestinya… saya seorang yg bercinta sebelum kawin. Namun kami berdua tidak berjaya mencintai satu sama lain.

    apa yang ada kini hanya tanggungjawab yang harus dijalankan. Dalam hati pedih dan sengsara kerana tiada cinta dlm rumahtangga.

    Kini kami dalam perbincangan sama ada meneruskan perkahwinan ini atau berpisah.

  4. samada bercinta sebelum atau selepas kahwin… bergantung kpd individu (yg menjadi pasangan). saya bercinta sekian lama (pada peringkat awal – 7 tahun) tetapi akhirnya dia memilih org lain menjadi suri hidupnya, kerna kami terlalu naive utk menyatakan hasrat yg sekian lama terpendam.

    namun kini setelah 25 tahun (sejak pertemuan pertama dan about 10 years after 2nd time bertemu), we realized that we actually love each others sejak pertemuan pertama, dan akhirnya … kami menikah dan kini kami lebih matang di dalam menilai setiap sesuatu terutama menghargai setiap detik dan saat yg di lalui bersama (InsyaAllah) kami berharap kali ini kami akan lebih banyak bersyukur kehadrat Ilahi di atas apa yg telah kami lalui dan bakal kami lalui.

    Oleh itu bercinta sebelum menikah dan selepas menikah bergantung kepada individu itu untuk menilai harga pernikahan dan hubungan suami isteri yg di kurniakan oleh Allah. Jangan bila dah tidak bersama baru nak menghargainya. Manusia biasa selalunya tidak menghargai apa yg dimiliki tetapi bila dah tiada… thennn.. baru terasa… (at that time…menyesal pun tak guna).

    so.. hargailah, bersyukurlah dgn apa yg Allah beri (sedangkan itulah pilihan / jodoh kalian).

    sekian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s