poligami dan wanita; satu jawapan atas satu perdebatan


isu poligami ni sememangnya sangat sensitif pada kaum hawa. terasa sangat dekat di hati semua wanita.

poligamilah satu isu besar yang senantiasa akan menjadi perdebatan kerana ia melibatkan bukan sahaja fizikal seseorang tetapi turut melibatkan mental, emosi, jiwa dan raga.

atas sebab itu jugalah, isu ini bukan sahaja boleh menyebabkan perbalahan malahan perpecahan melainkan ia di tangani oleh jiwa yang sabar, ikhlas, hening dan redho.

walau poligami halal di sisi Islam, namun boleh dikatakan 99.9 % para isteri tidak rela dimadukan hatta si isteri kedua sendiripun akan mempunyai perasaan yang sama andai si suami mahu menambah cawangan menjadi tiga.

lalu, alangkah elok andai permasalahan diperkatakan in such a way ; untuk mencari persepakatan yang menjadikan kita muslimah sejati dan isteri yang solehah.

tanpa mengira isteri ke berapa kita ini… hakikatnya seorang isteri itu sungguh mulia dan kebahagiaannya sebagai wanita hampir lengkap, dia diangkat sebagai isteri dari hanya seorang anak gadis dan lebih lengkap lagi apabila dia dianugerahi Ilahi seorang anak… hal ini, proses ini, boleh berlaku asalkan dia seorang isteri. baik dia yang pertama, kedua mahupun ketiga atau keempat.

pokok persoalan di sini, bukan siapa yang benar mahupun siapa yang salah, tapi kesudahan kita dan cara kita menjalani kehidupan kita sekarang untuk mendapat kesudahan yang terbaik.

kita bukannya tidak mampu berbuat apa-apa hatta membincangkan isu poligamipun walau sedar andai suami mahu, dia bisa melakukannya tanpa pengetahuan kita sekalipun. kita tetap boleh bertindak dan bersuara sesuai peranan dan diri kita.

andai bersetuju dimadukan , maka kita perlu mencari jalan untuk redho, bukan setakat pasrah , kerana untuk bahagia kita kena redho, tidak akan menjengah bahagia itu dalam diri kalau diri kita hanya sekadar pasrah.

sedang bahagia itu perlu unyuk menjadikan kita hambaNYA yang terbaik, kerana hanya dalam bahagia kita akan temui ketenangan dan orang yang tenang itu mudah syukurnya dan kurang keluh kesahnya.

jika kita tidak bersetuju pula, kita perlu nyatakan pada suami, andai perasaan tidak bersetuju itu begitu kuat hingga dibimbangi kita akan menjadi nusyuz pula, maka bolehlah memikirkan perpisahan; perkara halal yang paling dibenci Allah. insyaallah akan dicukupkan kedua pasangan dan berdoalah untuk dipertemukan pula dengan jodoh lain yang jauh lebih baik.

kepada yang belum dipoligamikan , lagilah banyak dan besar peluang untuk berbuat sesuatu agar tidak dimadukan.

pokoknya, kita kekal dalam rahmat Allah walau apa pilihan kita. kerana tiada yang penting lebih dari redho NYA.

itu bagi memperkatakan sebahagian isu poligami, kini bab emosi, perasaan dan
reaksi kita apabila bercakap tentang poligami.

rasanya rata- rata dari kita akan akui hanya tahap keimanan sahaja yang membezakan penerimaan kita terhadap poligami itu, namun, tetap tidak dinafikan, walau tinggipun keimanannya akan tetap boleh kecundang jika dibiarkan tewas terhadap hasutan dan bisikan syaitan.

siti aisyah sendiri mengakuinya.
Pada setiap orang terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis. Hal ini disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim: “bahawa aisyah, isteri nabi s.a.w mengatakan: “rasulullah keluar pada suatu malam dari sisinya. Aisyah berkata: “aku lalu berlari mengejar beliau hingga mendapatkannya.” melihat apa yang aku lakukan, beliau berkata: “ada apa denganmu wahai aisyah apakah engkau cemburu?” Aisyah berkata: “bagaimana orang sepertiku tidak cemburu tehadap orang sepertimu”. Beliau kemudian berkata: “atau syaitan telah datang kepadamu?” Aisyah berkata: “ya… rasulullah, apakah padaku ada syaitan? beliau berkata: “ya”. Aisyah berkata lagi: “apakah ia juga ada pada setiap orang?”. Nabi berkata: “ya”. Aisyah berkat: “apakah padamu juga ya rasulullah? rasul berkata: “ya, hanya saja tuhanku azza wa jalla menolongku untuk menakluknya hingga ia memeluk islam”.

lalu jelas, maka selagi kita biarkan diri kita dikuasai oleh syaitan, selagi itulah pemikiran kita yang akan dibuahkan melalui tindak tanduk kita termasuk ucapan serta percakapan kita akan dilandasi oleh hawa nafsu dan hasutannnya.

maka lahirlah perdebatan-perdebatan tidak sihat yang hanya merenggangkan jurang ummah.

hakikat sebenar kehidupan, kita tetap akan diuji, cuma ujian itu berbeza. namun diakui oleh ramai , bahawa ujian terbesar untuk wanita akhir zaman ini , dan mungkin terutama untuk wanita rantau sebelah sini, ujian itu adalah melalui suami; suami yang berpoligami atau berhajat untuk berpoligami.

ramai sekali yang melatah, baik yang tidak dimadukan mahupun yang melaluinya secara langsung.

lalu, kembalilah ke pangkal. berdirilah di atas landasan yang betul. untuk apa berdebat berebutkan kasih manusia? sedang kasih Allah belum tentu milik kita.

Advertisements

4 thoughts on “poligami dan wanita; satu jawapan atas satu perdebatan

  1. Asalamualaikum

    Kali ini Pakcik nak cakap panjang sebab sselepas ini nak minta maaf zahir batin dan cuti raya.

    Kata orang lidah itu pangkalnya di hati.

    Jika asyik cerita asmara bermakna hatinya sentiasa berasmara Insyaalah awet muda.

    Jika asyek cerita poligami bermakna hatinya sentisa berpoligami Insyaalah awet tua. Kata orang lagi benda yang kita tak suka usah disebu sebut taskut menjadi doa.

    Sesungguhnya surga anak dan suami itu pada ibu dan isterinya, persoalannya kenapa pada surga banyak cerita neraka ?.

    Sekadar komentar sahaja, terima kaseh salam hormat.

  2. Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa barakatuh! Maaf kerana baru saja menjumpai posting ini (2009) sedang sekarang sudah Ogos 2011. Terlebih dahulu saya ambil kesempatan untuk mengucapkan ‘syabas’ kepada (Pn?) Intan Rohaida atas usahanya untuk melihat poligami dari perspektif Islam bukan sahaj dari sudut hukum tetapi juga dari sudut hikmah dan peranannya. Berdasarkan komen dari ‘mai’ (yang sememangnya persoalan yang lazim dikalangan wanita), izinkan saya membuat beberapa komen.

    Dalam mana-mana perbincangan berkaitan poligami, akan berlaku satu garis pemisah antara yang setuju dengan yang tidak setuju. Garis pemisah ini tidak khusus kepada mana-mana jantina (i.e tidak semua lelaki setuju dan tidak semua wanita tidak setuju). Walaupun garis pemisah ini berbentuk ‘maya’ (virtual) ia tetap ujud dan merupakan realiti yang tidak dapat dinafikan.

    Tetapi dalam persoalan poligami, fakta yang tidak dapat disangkalkan adalah bahawa disisi Allah swt poligami itu halal, bukan maksiat dan bukan berdosa. Namun demikian adalah fakta juga bahawa ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan poligami akan mengalami tekanan emosi yang akan mempengaruhi tindakan mereka yang akhirnya akan menjurus kepada rangkaian masalah yang seringkali dikaitkan dengan pologami.

    Kita tidak boleh membincangkan poligami seolah-olah hukum tentangnya tergulong dalam hukum yang masih ada khilaf padanya. Yang ujud khilaf adalah berhubung prosedur bagaimana ia dilaksanakan dan masalah tindakan yang timbul akibat tekanan emosi oleh individu yang terlibat, bukan hukum poligami itu sendiri.

    Masalah prosedur biasanya berpunca dari jurang perbezaan antara prosedur menurut hukum Islam yang sebenar dengan prosedur menurut Jabatan Agama Islam dinegeri masing-masing. Prosedur dalam Islam itu mudah dan tidak ada keraguan sedangkan prosedur dari Jabatan Agama Islam meletakkan berbagai syarat (contohnya perlu mendapatkan izin mahkamah, persetujuan ister dsbnya) yang menjadi sebab utama pernikahan kedua dan seterusnya itu dilakukan diluar kawasan, walaupun mereka terpaksa membayar denda.

    Masalah akibat tekanan emosi (menuntut cerai kerana hilang kepercayaan terhadap pasangan atau menyebarkan fitnah dan gosip liar terhadap madu atau suami atau isteri atau kebencian anak-anak terhadap ibu atau ayah atau kedua-duanya kerana marah atau rimas dengan keadaan hingar-bingar yang menggantikan suasan harmoni yang pernah ujud sebelum ini) adalah kerana tidak redha atau marah dengan keadaan tersebut. Perlu ditekankan disini bahawa tindakan merajuk, mengugut atau membenci isteri, suami, ayah atau ibu itu adalah dosa besar sedangkan tindakan berpoligami itu tidak berdosa, malah mengelakkan dari dosa.

    Lantaran itu, seandainya 99.9% kasus poligami itu bermasalah, penyelesaiannya bukan terletak kepada hukum berpoligami itu sendiri tetapi kepada tindakan individu yang gagal mengawal emosinya sehingga bertindak melanggar batas-batas syara’.

    Sebagai analogi, seandainya masalah kadar kegagalan pelajar melayu dalam matapelajaran sains dan matematik itu tinggi, ia bukan bermakna sains dan matematik itu punca masalahnya, Perlu dikaji dengan kacamata yang objektif. Adakah masalah itu berpunca dari syllabusnya atau cara guru mengajar? Atau mungkin tahap soalan dalam peperiksaan itu tidak selaras dengan apa yang diajar oleh guru? Ataukah kerana bahasa mengantarnya? Atau kerana sikap pelajar-pelajar yang semakin asik dengan hal-hal remajanya?

    Walaupun poligami itu akan tetap menjadi isu kerana ada yang setuju dan ada yang tidak setuju, apa yang harus ditekankan adalah selagi ia masih diamalkan oleh manusia (bukan muslim pun amalkan poligami tetapi tiada statistik kerana ia tidak pernah didaftarkan), masalah yang timbil daripadanya perlu diselesaikan satu persatu, dan bukan membuat kesimpulan yang bertentangan dengan hukum Allah swt

    1. syukran jazilan atas pandangan, kaum wanita ini adalah kaum yang unik, mahal sekali untuk berjumpa wanita solehah mukminah, rata-ratanya kami adalah kaum yang penuh emosi dan bertindak melulu berdasarkan prasangka dan bisikan hati yang diteraskan pula atas iman yang keluar masuk dalam diri, bersandarkan kepada pemimpin lelaki yang kini juga kian pupus ketrampilan pimpinannya.

      selagi mana muslimat tidak menjadi tiang , selagi itu ummah akan terus bergegar.. pandangan dunia ini besar, dunia ini segalanya, akan terus membayang dihadapan mata, tertipu dengan bisikan syaitan,haiwan dan nafsu. tidak nampak Allah, tidak nampak akhirat. tahu wujud tetapi tahu itu sekadar tahu, hakikat tidak sampai ke hati.

      blog ini diwujudkan atas rasa mahu menyedarkan diri sendiri dan kaum hawa yang mengizinkan diri mereka, hati dan sanubari untuk terdidik dengan perkongsian agar tidak terusan menderita , malah sampai ke tahap mampu nampak nikmat dalam ujian ALLAH , mampu nampak betapa besar hak suami atas mereka dan mementingkan usaha sedaya mereka untuk memenuhi hak itu tanpa mengira hak sendiri terpenuh kerana yakin dengan janji allah, andai redho suami milik mereka, maka redho allah juga begitu..lalu siapakah lagi yang lebih berbahagia hatinya kalau telah begitu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s