wasiat agama


Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah

S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak

menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak

ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu

berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan

saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,

berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada

Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat

darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat

kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul

khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan

sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan

Allah daripadanya.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s