mencari kemaafan


masih ramai yang bertanya tentang proses hati untuk memaafkan suami yang memadukan dirinya.

hati kita adalah tempat bertapaknya  keimanan dan hatilah yang dipandang Tuhan tanpa mengira status kedudukan, kekayaan dan paras rupa kita.

bersih hatinya, maka tinggilah pekertinya, semerbak harum bau dirinya dan indah tutur katanya.

hati itu cerminan diri.

tidak berkata-kata seseorang itu melainkan telah didedahkan tahap hatinya. maka kerana itu, waspadalah dengan apa yang dikata  kerana perkataan itu datangnya dari pemikiran, yang akhirnya  membawa kepada taqdir diri.

“Watch your words because they will determine your actions. Watch your actions because they will determine your habits. Watch your habits because they will determine your character. And watch your character because it will determine your destiny.” (berhati-hatilah apabila berkata kerana perkataan itu akan menentukan pemikiran kita, berhatilah-hatilah dengan pemikiran, kerana ia akan menentukan tabiat kita, berhati-hati dengan tabiat kerana ia akan menentukan karektor kita dan berhati-hati dengan karektor kerana ia akan menentukan taqdir kita).

lalu, kata-kata yang selalu berkeluh kesah , penuh komplen, rasa tidak puas hati, menyalahkan orang lain adalah permulaan kepada taqdir negatif yang lebih buruk lagi. kerana itu, permulaan untuk memaafkan adalah dengan mengawal kata-kata.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan.
dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah
dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi
dan sebutan nama mu di langit. dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan
sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan.”

Sabda Rasulullah lagi :

4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:-
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan

6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.

Diam mengandungi 7,000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam tiap kalimat seribu.

1. Diam itu ibadat tanpa susah payah
2. Perhiasan tanpa berkias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib juga di sebut diam itu keindahanh bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

maka, langkah pertama mencari kemaafan adalah berdiam diri dari berkeluh kesah, mengadu domba, meluahkan ketidakpuasan hati, ketidakadilan diri dan penganiayaan orang serta kezaliman insan.

Apabila ada orang lain yang bersikap sombong dan menghina, kita akan lebih mulia apabila kita menjadi orang yang selalu memaafkan…

langkah kedua adalah banyakkan senyum.

“Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. dengan senyuman kita akan menarik orang untuk tersenyum kembali kepada kita.  Manakala apabila melihat orang memberi senyuman pula, jiwa yang lesu akan kembali ceria. Senyuman itu adalah sedekah.

Pada suatu hari Abu Yazid Al-Busthami, ahli sufi terkenal didantangi seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya. Lelaki itu memang terkenal rajin, ringan tulang dan kuat ibadat. Namun hidupnya sentiasa dilanda kesulitan.

Dengan wajah murung lelaki itu mengadu kepada Abu Yazid. “Sepanjang hidup, saya tak pernah lupa beribadat kepada Allah. Orang Lain tidur saya masih bermunajat.” Lelaki itu diam seketika, mukanya kelat tanpa secalit pun senyuman.

Abu Yazid memerhatikan wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Raut mukanya itu seperti orang yang menangung masalah yang maha berat.

“Selalunya sebelum isteri saya bangun pagi, saya sudah mengaji. saya tidak pernah lupa tuhan, tapi…….” lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Abu Yazid mengangguk kerana dia memang amat mengenali jirannya itu, rajin dan warak. malah dia tidak pernah melihat orang sebaik dan serajinnya. kemudian lelaki itu melepaskan keluhan yang berat. “entahlah tuan, nasib saya selalu malang dan hidup penuh dengan kesulitan…”

Abu Yazid memegang bahu lelaki tersebut dan berkata: “sahabatku, senyumlah. mulai hari ini, ubah penampilan kamu kerana aku lihat kamu tidak pernah senyum dan dahi sentiasa berkerut walaupun ketika bercakap dengan aku. cubalah senyum, insyaAllah nasibmu akan berubah.
Rasullah adalah orang yag paling miskin semasa hidupnya. Namun wajahnya tidak pernah keruh, bermuram dan berkerut dahi, baginda sentiasa senyum, ceria dan wajahnya berseri-seri,”. Abu yazid menyambung sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut. Lelaki itiu hanya mengangguk tapi raut wajah nya masih tidak berubah. dia seperti belum dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Abu Yazid.

namun, kata-kata Abu Yazid seterusnya seolah membuka pintu cahaya dalam dirinya;
“Menurut Rasulullah salah satu tanda penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka dan membuat orang lain curiga padanya”.

sejak itu, sesiapa sahaja yang ditemui dia akan mendahului dengan salam dan tersenyum walaupun mereka tidah pernah dikenalinya.Lelaki itu berubah menjadi peramah, kerut2 didahinya sudah dibuang jauh dan mukanya sentiasa manis. Dari hari ke hari hidupnya semakin senang dan rezekinya melimpah ruah.

antara sunnah rasul adalah senyuman;  sedekah yang paling murah tetapi tinggi pahalanya. Manfaat senyum adalah besar, ia jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang.

Pokoknya, senyuman adalah perhiasan diri yang paling mahal kerana dari sifat itu akan lahir keceriaan, kegembiraan, wujud keyakinan dan tanda kesediaan untuk didekati. Kepada orang menerima senyuman, mereka akan merasa dihargai. Secara tidak langsung, bangkitlah rasa keyakinan dalam diri mereka. terbit perasaan menghormati dan berkasih sayang .

“jelas, sesungguhnya senyuman itu pengubat jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. sadaqah melalui senyuman yang membawa ibadah jalan dan kunci kemaafan dalam jiwa insan.

langkah seterusnya dalam mengobarkan sifat pemaaf insan adalah istighfar.

Terdapat satu riwayat daripada Anas katanya: Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turunnya ayat 135 surah Ali `Imran yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.

Al-‘Allamah Ibn Rajab al-Hanbali menyebutkan di dalam kitab Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam katanya: Abu Hurairah telah berkata: Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari 1,000 kali. Ini adalah sebagai tebusan bagiku. Dia telah menamakan perkara yang dipohonnya sebagai tebusan.

Aisyah berkata: Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapati istighfar yang banyak di dalam lembarannya (di akhirat).

Abu al-Minhal berkata: Tiada jiran yang paling disukai oleh seseorang hamba di dalam kuburnya melainkan jiran yang banyak beristighfar. Umumnya boleh dirumuskan bahawa ubat yang mujarab bagi dosa ialah istighfar. Diriwayatkan daripada Abu Zar, katanya: Setiap penyakit ada ubatnya dan ubat bagi dosa adalah istighfar.

Qatadah berkata: Al-Quran ini telah menunjukkan kepada kamu penyakit kamu dan ubat kamu. Penyakit kamu ialah dosa dan ubat kamu ialah istighfar.

Sebahagian ulama berkata, jalan penyelesaian bagi orang yang berdosa ialah tangisan dan istighfar. Sesiapa yang tertekan dengan dosa maka banyakkanlah istighfar.

istighfar melembutkan hati yang keras dan menyemarakkan sifat pemaaf insan.

Ketika Imam Hasan Al Bashri Ra sedang duduk-duduk di dalam masjid bersama para sahabatnya. Tiba-tiba ada seorang yang datang menghampirinya dan berkata dengan nada mengeluh, “Ya Taqiyuddin, hujan belum juga turun.”

Mendengar perkataan tersebut Hasan Al Bashri menasehati, “Perbanyaklah istighfar kepada Alloh.”

Tak lama kemudian datang lagi seorang lainnya yang juga mengadukan keluh kesahnya,”Ya Taqiyuddin, aku menderita kemiskinan yang parah.”
Maka Imam Hasan Al Bashri berkata,”Perbanyaklah istighfar kepada Allah!”

Seorang yang lain juga datang mengeluhkan keadaan dirinya, “Ya Taqiyuddin, istriku mandul, tidak bisa melahirkan anak!”
Perbanyaklah istighfar kepada Allah Ta′ala,” kata hasan Al Bashri masih dengan jawaban yang sama.

Tak lama kemudian ada seorang lagi yang datang, “Ya Taqiyuddin, bumi sudah tidak memberikan hasil bumi dengan baik”
Maka sekali lagi Hasan Al Bashri berkata, “Perbanyaklah istighfar kepada Allah Ta′ala.”

Beberapa teman yang sedang berkumpul bersamanya di tempat itu terheran-heran dengan jawabannya. Mereka bertanya, kenapa setiap ada orang yang mengeluhkan hal-ikhwalnya kepadamu, selalu selalu anda perintahkan kepadanya untuk memperbanyak istighfar kepada Allah?

Maka Iamam Hasan Al Bashri menjawab, “Apakah anda tidak membaca firman Allah Ta′ala yang bunyinya:

“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun (istighfar) kepada Robbmu. Sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh:10-12).

bukalah kemaafan dalam jiwa melalui 3 pengamalan ini. banyak memaafkan membawa ketenangan kepada jiwa, menarik rezeki, perungkai masalah, jalan keluar dari kesengsaraan tekanan mental dan resahnya hati.

dengan memaafkan kita jauh lebih bahagia, apabila hati bahagia, kita akan memberi bahagia , apabila kita memberi bahagia , maka kita akan menerima bahagia juga. moga bahagia dunia membuka pintu bahagia akhirat.

Advertisements

One thought on “mencari kemaafan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s