open komen- wajar atau tidak wajar suami merahsiakan poligami


ramai yang bermasalah dalam poligami. sekiranya ada yang berpengalaman atau memikirkan tentang isu ini, boleh sekiranya sudi memberi komen atau pendapat tentang suami yang berhasrat atau telahpun berpoligami , mengenai tajuk komen;

WAJAR ATAU TIDAK SUAMI MERAHSIAKAN HASRAT ATAU TELAHPUN BERPOLIGAMI DARIPADA ISTERI ?

moga komen dapat membantu insan terlibat.

Advertisements

7 thoughts on “open komen- wajar atau tidak wajar suami merahsiakan poligami

  1. Asalamualaikum

    Biarlah pakcik orang yang pertama menjawabnya, WAJAR kerana kekuatan itu pada rahsianya.
    Jika sang isteri ingin dilayani bagaikan permasuri, merka hendaklah melayani suaminya bagaikan raja, biarlah raja dengan rahsia gundiknya,

    wasalam.

  2. bagi saya patut di beritahu pada isteri kerana disitulah letaknya kejujuran dan keikhlasan dalam berumah tangga..terpulang pada si isteri.. isteri yang faham tujuan hidup sepatutnya merelakannya kerana suaminya tempat untuk disandarkan syurga…tak kira apa jenis suami yang telah diperuntukan padanya… kesabaran dia menguji keimanannya…lagi sabar si istteri lagi tinggi darjatnya disisi Tuhannya..wallahualam

  3. tidak wajar. perkahwinan tidak sepatutnya menjadi perkara rahsia.
    saya sendiri telah melakukan kesilapan dgn berkahwin secara rahsia.saya isteri kedua.bahagia kerana perkahwinan, tp derita kerana rahsia…..

  4. Salam…sebenarnya ianya bergantung pada keadaan…saya isteri kedua. pada mula kahwin isteri pertama tahu dan telah beri keizinan…nman bila sampai giliran suami utk jalankan tjawb di pihak saya…mengundang banyak masalah yg ditimbulkan oleh isteri pertama…saya byk mengalah dan berhasrat undurkan diri seandainya tjwb langsung tidak dapat diberkan kpd saya dan anak2 ssaya.tapi suami tidak mahu lepasakn….sy benar2 rasa teraniaya…

  5. Salam,

    Saya isteri pertama, suami berkahwin secara rahsia dari pengetahuan saya hampir sebulan lamanya.Disebabkan tekanan yang dihadapi dari isteri kedua yang inginkan keadilan akhirnya dia berterus terang dengan saya.Wajar memberitahu isteri pertama, kalau tidak bagaimana suami hendak berlaku adil dlm giliran. Walau ditelan pahit namun hidup perlu diteruskan.

  6. salam,
    saya isteri kedua, ya.. sebagai seorg lelaki islam, ianya adalah wajar utk memberitahu kpd isteri(2)yg sedia ada tentang perkahwinan yg seterusnya.. kalau tidak di beritahu… bagaimana suami akan mampu berlaku adil? apakah kita mahu suami kita berbohong seumur hidup dan menanggung dosa itu di akhirat (sbg isteri sedia ada sahamnya -“kerana takut kpd isteri” turut diambil kira).

    Di situlah letaknya “kejantannya” utk mengakui kehadiran org ketiga dlm rumahtangganya. Disitulah letaknya Ke”raja”annya, ke”ketua”annya di dalam rumahtangga. dan terujilah/terbuktilah “keberanian bercakap benar” seorg Islam yg mengikut sunnah rasulullah s.a.w. InsyAllah.

    Penereimaan atau penolakan dr isteri sedia ada, adalah sesuatu yg lumrah dan bukanlah isu yg besar yg perlau ditakuti atau dibimbangi oleh lelaki yg berpoligami, kerana isteri2 wajib sedar bahwa kebahagiaan dan keredhoan suami adalah yang utama di dalam kehidupan… pada suami di sandarkan syurga.

    Wallahualam.

  7. Memang lelaki Melayu memang ramai yang bodoh sombong, dalam kepala hotak mereka hanya fikir seronok nak berpoligami tapi tak berfikir panjang tentang kesannya terhadap perkembangan otak anak-anak mangsa poligami. Anak berterabur kuantiti konon tapi kualiti Hampeh!! Sebab tulah lelaki Melayu yang paling ketinggalan terutamanya dari segi ekonomi..jauh dibelakang kaum lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s