wanita dan emosi


orang yang sihat tubuhnya, akn sihat emosinya.

emosi sangat berkait rapat dengan minda separa sedar manakala minda separa sedar kita sangat dipengaruhi oleh kesihatan organ kita.

untuk mendapat kesihatan organ pula kita perlu memerhatikan banyak perkara, antaranya, corak hidup, gaya pemikiran dan faktor pemakanan .

gaya pemikiran memainkan peranan besar dalam mencorakkan minda separa sedar.

gaya pemikiran kita pula dipengaruhi oleh ilmu yang diperolehi dan pemahaman serta pengamalan terhadap ilmu tersebut.

semua manifestasi sumber ini akan mencorakkan kehidupan kita samada bahagia atau sebaliknya dan konsep bahagia di sini merujuk kepada bahagia yang diredhoi Allah swt.

Pada peringkat yang kronik, gangguan kesihatan boleh mengakibatkan sikap negatif seseorang itu boleh dizahirkan akibat kegagalan untuk diseimbangkan dengan sifat hening, sabar, ikhlas dan redho.

Punca utama ialah apabila rosaknya unsur spiritual, emosi, mental dan fizikal seseorang.

Spiritual

Mereka yang rosak spiritualnya sudah tidak kuat iman dan keyakinannya terhadap Allah dan hari pembalasan. Tidak beriman seseorang itu apabila dia melakukan perkara berdosa dan jenayah. Amal ibadat itu penting untuk mencegah diri daripada melakukan perkara kemungkaran.

Emosi

Mereka yang rosak emosinya sudah tidak ada lagi rasa belas kasihan terhadap orang lain. Mereka boleh menipu orang lain kerana tidak berkeupayaan merasakan kesengsaraan orang yang ditipunya. Orang yang berani menipu lama-kelamaan boleh mengambil hak orang lain kerana tidak merasakan keperluan dan tidak menghargai hak orang lain.

Mental

Mereka yang rosak mentalnya mudah berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain. Kemudian lahirlah cara cemburu, dendam, iri hati dan hasad. Perasaan ini akan menyebabkan perpecahan di dalam masyarakat. Tersebarnya fitnah untuk menjatuhkan seseorang, mengaibkan seseorang, merancang konspirasi, menganiaya dan menzalimi seseorang dan sebagainya.

Fizikal

Mereka yang tidak sihat fizikalnya akan mudah rasa tidak yakin pada diri sendiri. Cenderung untuk membunuh diri sendiri serta berani mencabul maruah dan kehormatan orang lain.

Kesihatan tubuh amat mempengaruhi kelakuan seseorang. Sebenarnya mereka yang melanggar hukum Allah ialah mereka yang sakit dan tidak sihat sistem tubuh badannya.

Organ dan karektor amat berkait rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Spiritual

Untuk mendapatkan kesihatan spiritual, seseorang itu perlu melalukan banyak amal ibadat dan menyandarkan diri kepada Maha Pencipta. Amal ibadat menjadikan seseorang itu bertambah hehing. Semakin kuat keyakinan dan iman seseorang, maka semakin tinggi tahap kesihatan spiritualnya.

Emosi

Tabah menghadapi sesuatu akan menyihatkan kesihatan emosi. Bersabar ialah jalan yang paling baik untuk menjaga emosi. Berfikir secara matang dan mengetepikan keinginan hawa nafsu akan mengatasi jiwa yang mudah lemah dan bersedih.

Mental

Pemikiran ialah antara faktor utama yang mempengaruhi kesihatan. Organ yang terlibat dengan pemikiran ialah organ-organ pencernaan. Oleh itu pemakanan ialah faktor utama yang menyebabkan kesihatan mental terganggu. Menjaga makan dengan cara mengurangkan pengambilan makanan, makan secara seimbang dan memilih makanan yang menyihatkan ialah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Makanan yang baik, bersih dan halal akan mempengaruhi minda yang positif. Pemikiran yang positif akan melahirkan perbuatan yang ikhlas.

Fizikal

Kesihatan fizikal bergantung kepada amalan yang baik. Ia boleh dijana dengan cara berbakti kepada orang lain. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berkorban menggunakan tulang empat kerat untuk membantu keluarga dan masyarakat ialah satu kerelaan yang mulia. Berinfak (menderma) sebahagian harta ialah amalan yang melatih diri mudah redho.

dengan mendapat kesihatan tubuh melalui pengamalan 4 sifat sel iaitu sabar, ikhlas, hening dan redho amat membantu membentuk peribadi unggul dan karektor cemerlang. kesannya , walau ujian getir yang diterima, tetapkan mampu dilalui dengan penuh bahagia dan kesyukuran.

sesungguhnya, tiada masa  yang paling baik untuk merawat organ dan kesihatan diri melainkan ketika ramadhan. kesihatan diri yang sihat akan membentuk peribadi unggul dan emosi terpelihara.

wanita, adalah insan yang amat tinggi emosinya.

dengan ilmu yang cetek dan kedangkalan keimanan maka wanita adalah senjata syaitan yang paling ampuh.

Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam bersabda:
فاتقوا الدنيا واتقوا النساء (رواه مسلم عن أبى سعد الخذرى)
Artinya: “Maka takutlah kalian kepada dunia dan takutlah kalian kepada wanita. (HR Muslim dari shahabat Abu Sa’id al Khudry).

wanita pula senjatanya adalah mulut.

kerana itu, akibat mulut penghuni neraka dua pertiganya wanita.

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam :

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Muslim)



Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam :

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”
(Thabarani di dalam al-Awsat).

moga diri kita termasuk dalam yang menerima peringatan.


Advertisements

One thought on “wanita dan emosi

  1. Asalamualaikum.

    Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan dan samoga memperolehi keberkatanya.
    Komentar saya ini hanya sekadar memberi pandangan sahaja dan saya menghormati tulisan puan. Aspek kesihatan hidup manusia itu terdiri daripada rohani, jasmani, jiwa dan raga. Kesihatan raga adalah darah, urat, nafas dan haba. Aspek kesihatan jiwa adalah perasaan, kesedaran, pemikiran dan kefahaman. Aspek kesihatan kehidupan jasmani adalah amalan hidup manusia dinyatakan oleh prarasrupa,gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasa. Aspek kehidupan rohani adalah pendirian hidup manusia menyembah (menyatakan) keEsaan keujudan tuhan yang mencipta alam semesta dengan kudrat, iradat, ilmu dan hayatNya.
    Saya sedang berusaha mengarap kesihatan kehidupan manusia ini dihalaman blog saya. Saya melangani halaman blog ini sebagai info untok menambah pengetahuan saya. Setakat ini halaman blog saya maseh menyatakan soal jiwa dan raga. Jika puan inginkan sebarang penjelasan mangenai komentar saya di atas, bolehlahlah puan ajukan di ruang komentar dihalaman blog saya.

    Klik > http://pakcikli00.wordpress.com/

    terima kaseh salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s