hidup ini indah


bacalah dengan menghayati lagu ini, kutujukan khas untuk semua saudara seislamku.

sunset_2007
lantana

dunia ini indah. hiduplah dengan penuh keindahan.  sekiranya masih ada hati- hati yang tetap memendam sengsara, merasa derita, penuh luka, sendu dan pilu, ingatlah; masa berlalu dengan pantas, semua nya akan berlalu pergi tanpa kita sedari, amat malang sekiranya kehidupan kita yang singkat ini kita layari dalam keadaan penuh derita.

bangunlah pagi dalam keadaan telah berniat malam sebelumnya, untuk bangun dengan keadaan penuh ceria dan bahagia, azam sebelum tidur agar esok hari dilalui dengan keadaan tiada dendam, tiada luka, tiada sengsara, tiada pilu dan sendu, cuma rahsianya jangan sekali-kali berazam begitu;

dalam azam dan doa tidak boleh langsung disebut keadaan yang negatif sebagai niat walaupun diletakkan perkataan TIDAK dihadapannya kerana aura negatif yang disebut itu tetap ditarik oleh minda separa sedar kita.

niatlah dengan yang positif, aku bangun esok dengan penuh kebahagiaan,. riang, ceria, positif thinking dan senyum senantiasa. lalu, bangkitlah, mandi sejam sebelum subuh, angkatlah takbir dan bersujudlah kehadratNYA, munajatlah dengan penuh kekhusyukan.

kemudian ambillah kitab suci al-quran dan bacakanlah ayat-ayat Allah itu dengan memahami maksudnya sekali sehingga dengar azan subuh.

bersolatlah dengan ahli keluarga atau anak-anak secara berjemaah, anak lelaki yang besar boleh diasuh menggantikan bapanya menjadi imam sekiranya bapa tiada.

insyaallah, sekiranya hari kita senantiasa dimulakan dengan azam sebelum tidur dan bangun pula dengan niat, pasti hidup kita indah senantiasa.

ingatlah; syurga di akhirat itu hanya untuk orang yang merasa indahnya syurga dunia.

Advertisements

2 thoughts on “hidup ini indah

  1. BAGUS LA ARTIKEL NI….. TP HATI NI TERLALU MELARA….KALO BLH, SETIAP SAAT NAK BAHAGIA….

  2. KETENANGAN HANYA BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENDEKATKAN DIRI PD YG ESA…. KDG2 KITA TERLEKA, ALPA DAN TERLALU TAKSUB PD KEINDAHAN DUNIA YG SEMENTARA… SEBAB TERLALU SAYANGKAN SESEORANG, KITA KETEPIKAN PERKARA LAIN YANG TAK KURANG PENTING DLM HIDUP… TANPA KITA SEDAR, PERKARA YANG MENJADI KEUTAMAAN DAN YG PALING DISAYANG2 SEBENARNYA BUKANLAH KEBAHAGIAAN YANG MUTLAK UNTUK DIRI SENDIRI…. SUSAHNYA NAK MENCARI BAHAGIA, MMMMM….BAHAGIA TU UMPAMA MELIHAT PELANGI KAN….IA CANTIK TP TAK PERNAH BERADA DI ATAS KEPALA KITA SENDIRI….SELAMANYA DI ATAS KEPALA ORG LAIN…. MENJADI KEKASIH SEPARUH MASA DAN KEKASIH YG TAK DIHARAP, HANYA MERANAPKAN DAN MELARAKAN HATI SENDIRI….. KEBAHAGIAAN KU BKN BERSAMA MU, KEBAHAGIAAN MU BERSAMA YG LEBIH BERHAK…… YA ALLAH, KURNIAKAN LAH AKU CINTA YG SEJATI DAN DIKHUSUSKAN KHAS UNTUK DIRIKU TANPA PERLU DIKONGSI-KONGSI……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s