kuasai diri


apa yang berlaku sebenarnya, apabila kita merasa hampa , kecewa, dan merasa kosong jiwa kerana kerenah suami? kekadang rasa tidak percaya suami yang kita kenali , merasa susah dan senang bersama, bermula daripada bawah bersama – sama kita tetapi apabila kewangan telah semakin stabil, kerjaya semakin meningkat, dia mula beralih arah kasihnya. mula merasa yang dia perlukan perhatian baru, kasih sayang baru dan isteri baru.

masyarakat, rakan sekerja, orang sekeliling, kaum keluarga mula menuding jari kepada isteri, kerana selalunya sebagai isteri, merekalah yang sering dipersalahkan apabila suami membina rumahtangga baru.

kata-kata seperti tidak pandai menjaga suamilah yang selalunya akan si isteri dengar.

memuhasabah kembali kenapa suami  berkahwin lagi , satu yang menyakitkan, mungkin tidak perlu dilakukan sekiranya tidak membawa perubahan, tetapi sekiranya telah bersedia cubalah seusai solat, dengan keadaan tubuh yang segar, mandi dan berwudhuk, merenung kembali perjalanan hidup kita.

daripada kita bersendirian tanpa kekasih, kemudian saat berjumpa dengannya, di mana mulanya kasih dan cinta berputik, seterusnya duri dan ranjau percintaan, pertunangan sehinggalah menempoh alam perkahwinan. muhasabahlah dengan tenang, tanpa emosi dan prasangka.  di mana mulanya penyimpangan kasih itu berlaku.

andai benar datangnya dari isteri, maka si isteri perlu mengambil iktibar akan kesilapan dan kelemahan itu. berusahalah untuk mengubahnya. mohonlah kekuatan dari YAng MAha Berkuasa. agar kita mampu meneruskan kehidupan berumahtangga dengan nafas baru.

sekiranya kita dapati tiada silap diri kita, maka mohonlah petunjuk dari Yang Maha Memberi Petunjuk, agar diri kita sentiasa terbimbing di atas jalan yang lurus. itulah yang kita mahu. JALAN YANG LURUS. semoga kehidupan kita senantiasa dalam petunjukNYA. apa juga keputusan kita, apa jua tindakan kita kesan dari beralih arahnya kasih suami itu, kita perlu lakukan dengan petunjukNYA, agar kita tidak rugi dunia dan akhirat.

menyebut tentang kasih suami yang beralih arah, muhasabah juga , apa benar kasihnya beralih arah? cumanya muhasabah ini tidak boleh dilakukan dari sudut pandangan mata wanita.

kita tidak dijadikan sama. firasat kita, perasaan kita, keupayaan kita tidak akan mungkin sama dengan suami.

lalu, muhasabah itu perlu dilakukan dengan ilmu.

ilmu, pengalaman dan hakikat juga berbeza.

merasa kecewa yang amat apabila suami berkahwin lagi, percayalah semua wanita akan merasa begitu, baik yang hanya membayangkan apatah lagi yang benar-benar mengalaminya.

sesuatu hakikat pasti tidak akan dapat diubah, namun yang di hadapan masih dalam penggarapan, lalu garaplah kesudahan cerita yang bahagia. masa kini yang dalam genggaman, jadikanlah satu usaha berterusan agar matlamat kesampaian.

hapuslah air mata. bangunlah dengan semangat padu dan hati waja. apa yang kita mahu sekarang???

kita mahu bahagia? bahagia bersama suami walau di madu atau bahagia bersendirian? kedua-duanya mungkin.

namun, kedua-duanya memerlukan kita memaafkan dan melupakan. memaafkan dengan kemaafan yang benar-benar ikhlas dan melupakan dengan ikhlas juga. bukan sekadar memaafkan suami, maafkan dulu diri sendiri dan yang paling besar maafkan juga isteri lain suami.

selagi kita tidak mampu melakukan langkah pertama ini, selagi itu bahagia tidak akan bertandang.

orang yang bahagia itu apabila dia mampu menjalani kehidupan dengan penuh ceria dan penuh kasih dan sayang.

Advertisements

2 thoughts on “kuasai diri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s