wajah yang tersayang


cuba pandang wajah suami, apa yang dirasa?

kekadang dengan memandang wajah pasangan mampu menilai tahap perkahwinan kita. petanda dan petunjuk datang dari banyak cara, salah satunya itulah; cuba memuhasabah perasaan kita apabila memandang wajah pasangan terutama tatkala beliau tidur.

andai yang hadir dalam hati adalah kasih dan sayang serta cinta yang mendalam, maka tahniah, tahap perkahwinan kita masih diselubungi semaraknya mawadah dan rahmah anugerah Ilahi.

namun, sekiranya tiada getaran cinta tatkala menatap wajah pasangan, muhasabah perlu dilakukan lebih jauh. kesan dalam hati apa kehendak kita dalam kehidupan, kerana perkahwinan adalah kehidupan sebenar kepada yang berkahwin.

mengapa perlu ada cinta? ehh.. cinta adalah nadi kehidupan. malah sabda Rasul Junjungan:

mereka yang tidak berkasih sayang sesama mereka di bumi, makhluk di langit turut tidak mengasihi mereka.

dan..

doa ibu itu lebih makbul kerana mereka makhluk yang penuh dengan kasih dan sayang.

pastikan pandangan kita pada pasangan diiringi dengan rasa cinta yang tulus dan ikhlas. perasaan cinta yang lahir dengan ehsan Ilahi dan kerana NYA semata.

hanya perasaan cinta yang ikhlas mampu mengatasi rasa benci, menyampah, sakit hati atau langsung tiada perasaan. ingatlah, bercinta itu keperluan, janganlah dibiarkan hati kosong tanpa cinta kerana banyak yang negatif akan bertandang.

yakinlah, hidup ini terlalu singkat untuk tidak merasa hadirnya cinta.

hapuskanlah kelukaan, buanglah kesakitan, lempar jauh kesengsaraan, sebaliknya cambahkanlah bibit cinta baru dalam hati kita untuk seorang insan bernama suami kerana sesungguhnya dialah yang dijodohkan oleh Yang Maha Adil Mengaturkan untuk menjadi jodoh kita buat sepanjang hayat.

insyaallah, jika cinta yang diberi, maka cintalah yang kita terima.

Advertisements

2 thoughts on “wajah yang tersayang

  1. Asalamualaikum

    Salam kenal, saya melangani laman blog puan dengan harapan pengetuan daripada hasil tulisan di halaman ini boleh membantu saya menggubah halaman blog saya secara lebih berkesan. Sukacita sekiranya puan melayari laman blog saya dan memberi komen mengenai kaseh sayang cinta dan sejahtera kehidupan yang saya garapi.

    maaf minta laluan http://pakcikli.wordpress.com/ terima kaseh

    salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s