sakit hati


apa yang kita rasa apabila bercakap tentang kesetiaan? kita mahu pasangan yang setia pada cinta kita. kita mahu perkahwinan yang membahagiakan bersama suami dan anak-anak tercinta. perkahwinan yang bahagia itu pula pada kita bermaksud perkahwinan solo, monogami, bukannya perkahwinan banyak atau poligami.

ramai yang tewas apabila berbincang tentang poligami. hanya kesakitan yang dirasai. kehancuran hati. kemusnahan kepercayaan. kecurangan kesetiaan. ramai yang menangis baik dalam diam mahupun secara terang. seolah dunia dah berakhir. kekadang anak-anak menjadi mangsa keadaan.

ramai juga yang menganggap bahawa blog ini sesuai sekali buat isteri kedua. mengapa berpendapat begitu ? adakah apabila berbicara agar jangan kecewa, apabila suami kahwin lagi, jangan menyimpan dendam kepada madu kerana semua itu aturan Tuhan, maka, isteri pertama merasa diri mereka diketepikan?

sebenarnya, tiada siapa yang harus sakit hati dan tiada siapa yang harus merasa puas hati..

buat isteri pertama, sekiranya anda telah dimadukan suami, anda lebih – lebih lagi tidak boleh merasa sakit hati. semua yang dibicarakan di sini adalah untuk agar anda merasa tidak sakit hati, semua yang diperkatakan di sini adalah untuk anda nilai agar anda sedar tiada gunanya merasa sakit hati.

sebaliknya, semua yang tertulis di sini adalah untuk anda mampu merawat hati.

percayalah, kebahagiaan hati kita bukan terletak pada manusia, sebaliknya pada diri kita sendiri. jika kita percaya sepenuhnya kenyataan ini, maka bukan setakat tambah satu lagi isteri suami kita, tambah tiga lagipun kita tetap bahagia.

walau kita satunya isteri, kita tetap boleh tidak bahagia andai kita kecundang pada pelbagai ujian kehidupan yang lain. itulah pokok cerita, kemampuan kita menanggung ujian Tuhan.

Sebagaimana yang difirman oleh Allah taala yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

semua isteri pertama, Allah sudah jadikan melalui suami mu ada ujian, sekiranya kecundang, maka rugilah, sudahlah di dunia berkongsi suami, akhirat pula tiada apa-apa pahala menunggu malah kemungkinan neraka pula yang menanti kerana tiada keikhlasan menghadapi ujian RABBUL IZZATI.

untuk isteri kedua, tiada sebab langsung untuk merasa puas hati kerana andai masuknya anda ke dalam rumah tangga suami mu maka mengakibatkan kecundangnya isteri pertama dalam menghadapi keikhlasan ujian, maka kamu merasa seronok dan mengambil kesempatan itu untuk terus menguasai suami, membiarkan situasi berterusan tanpa cuba berikhtiar membetulkannya baik melalui suami mahupun cara lainnya, maka sebenarnya itulah antara penyebab penuhnya penghuni neraka dengan kaum wanita.

ehh, untuk semua isteri, bukalah mata, celikkanlah minda. kita ini adalah hamba. dunia ini pula hanya sementara. kita bukan hidup selamanya. perintah TUHAN agar dunia ini hanya kita jadikan tempat untuk mencari perbekalan buat negeri yang abadi.

kenapa masih belum bangun dari tidur? mengapa biar diri terbelenggu dalam mainan syaitan? sengsarakah kita apabila suami berkahwin lagi sedang kalau kita ikhlas, redho ALLAH milik kita?

banggakah kita apabila suami mengahwini kita sedang hati insan lain menderita kerana kita ? yakinkah kita sepenuhnya bahawa akhirat nanti milik kita?

bukan susah menjadi isteri pertama, bukan pula mudah menjadi isteri kedua. pokok pangkalnya, pengakhiran kita nanti. walau apa status kita, yang penting pengakhiran kita.

dimana kita selepas alam ini, ke mana kita dalam alam yang abadi nanti, alam yang tiada penghujungnya lagi, alam yang tiada kematian. dimana tempat kita.

persoalannya, bukan siapa yang untung di dunia ini, bukan hal siapa yang rugi di kehidupan ini. tetapi keuntungan kekal di alam yang abadi nanti, keuntungan itu yang kita mahu. untunglah di dunia ini tetapi untuk apa kalau rugi di akhirat nanti, rugilah di dunia fana ini tetapi tak mengapa sekiranya untung abadi di akhirat nanti, cuma malang sekali kalau rugi keduanya dan bukankah bertuah kalau untung keduanya?

walau apa yang kita terima di dunia ini, kita isteri kesayangan suamikah? kita isteri yang tidak dipedulikankah? kita isteri yang digantung tidak bertalikah ? kita isteri yang terpaksa menyara diri sendirikah? tetapi bagaimana penerimaan kita,.. itulah yang membezakan kita di akhirat sana.

justeru, tiada sebab untuk merasa sakit hati. sesungguhnya nasib dan kebahagiaan kita, kita yang tentukan sendiri.

“sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang merubahnya” (13:11)

Advertisements

3 thoughts on “sakit hati

  1. salam..
    teringin sekali nak mengenali penulis, sbb kebanyakan artikel yang ditulis amat berkait dengan hidup saya..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s