bahagianya hati


hati kita adalah milik Allah. hati yang senantiasa bersinar bergemerlapan itulah matlamat kita, hati yang lembut dan mampu bergetar ketakutan tatkala mendengar alunan ayatul suci alquran itulah hati hamba yang rapat dengan Allah.

hati kita pula senantiasa mudah tersentuh andai ada yang mengkritik kita dengan kritikan pedas. kita mudah sekali mengalirkan airmata apabila hati terluka, terlukanya hati kita itu pula bukannya atas alasan agama, susah sekali mahu terluka atas sebab itu, kita terluka atas sebab peribadi bukan atas urusan Allah.

tidak mengapa kalau kita lambat solat, malah tidak solat pun tidak merasa kecewa hati kita, cuba kalau suami kita bersama wanita lain, kecewanya hati kita ‘seperti kaca terhempas ke batu’, apatah lagi sekiranya suami sampai menduakan kita dan berkahwin lagi, hancur luluh hati kita itu, – tak akan dapat dibaiki lagi. sudah berkecai!

mengapa kebahagiaan hati kita terletak pada manusia?

hati hanya mampu bahagia andai kita pulangkannya pada Tuannya. HATI KITA MILIK ALLAH. Hanya DIA yang berhak untuk kita letakkan cinta kita. berbahagialah jiwa yang merasai cinta sejati itu.

selagi kita meletakkan kebahagiaan kita berpusat pada manusia, baik ia suami atau anak-anak, selagi itulah hati kita akan sentiasa terhempas ke batu,.. berkali-kali,.. berterusan .. hingga ke akhir hayat.

apa ada pada suami? dia manusia biasa. banyak salah dan silap sebagaimana kita juga. bukan selamanya kasih dia milik kita. walau kita hanya satu-satunya isteri, belum tentu cintanya milik kita seratus peratus. lalu, apa yang ditakuti sangat akan kehilangan cintanya?

ingatlah makin dikejar cinta suami, ia makin lari. sebaliknya kalau cinta ALLAH yang dicari,:-

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari”

namun, tidak salah mencintai, bukankah firman Allah

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (QS: Yaasiin ayat 36).

cumanya, berpadalah dalam mencintai… cintaiLAH suami sepenuh hati, seratus peratus… tetapi hanya kerana ALLAH.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s