susu kambing minuman Rasul Junjungan


dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.

tatkala menjawab salam dari

pada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali.

kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa boleh diperah susu daripada kambing betina tua itu..

wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit tetapi mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.

namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhamad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah.

wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih  kepada para tetamunya yang meneruskan kembali perjalanan mereka.

apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.

itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. sebenarnya , sesuatu yang sunnah itu banyak sekali manfaatnya, kerana itu rasul jadi contoh.

moga terus dapat manfaat.

Advertisements

2 thoughts on “susu kambing minuman Rasul Junjungan

  1. sumber pemakanan terbaik adalah sunnah nabawi,penghadaman serta pencernaan pemakanan halaalan toyyibah menzahirkan kemuliaan akhlak nabawi,maka bersegeralah wahai saudara2 ku..menyediakan santapan ini buat ahli keluarga moga2 terpelihara akhlak,jauh sengketa,diberkti kehidupan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s