SYEIKH FATHI YAKAN SEORANG JURUTERA YANG BERHATI WAJA


fathi yakan

Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di
hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan
besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah
fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah
dipinjamkan akan menemui Tuhannya. Tidak ada seorang pun yang akan
terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang
hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba,
tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah, “Tiap-tiap
umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka
tida! k dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula)
mem ajukannya.”
(Al-A’raf:34)

Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di
sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh
ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi
Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap
jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah
islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan
sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur
iaitu “maza ya’ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuh an Islam.

Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi
melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah! -tengah masyarakat
dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid
dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata
masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain,
beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan
beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan
memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan,
malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.

Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan
risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia.
Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau.
Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya
kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang
kepadamu (cub! aan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum
kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan
Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(al-Baqarah: 214)

“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku?, terpenjaraku adalah khalwat dengan Allah.
Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah
rekreasi.” Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk
ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya
dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan
Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan
tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan
ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan
khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa
para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Isl! am yang harus dikejutkan
dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.

Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini.
Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk
membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah
mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya
manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini
hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”

Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah
agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan
Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian
Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal
13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir
mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan
orang-orang yang beriman dan men! dapat syurga Firdaus.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulul lah, bahawa Allah tidak akan sesekali
menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi
mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku
mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak
mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan
alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu
pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Hadis direkodkan Imam Muslim)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s