benci n cinta- satu cerminan diri


cuba perhatikan orang di sekeliling kita. suami, anak, adik beradik, jiran, rakan sekerja dan sebagainya. apa reaksi mereka terhadap kita?

adakah mereka sayangkan kita?

apa tahap kasih dan sayang mereka terhadap kita?

siapa yang membenci kita?

cuba perhatikan pula diri kita. apa reaksi kita terhadap mereka di sekeliling kita? anak, suami, adik beradik, mak bapa. mak bapa mertua, keluarga dan jiran tetangga.

apa tahap sayang kita terhadap suami dan anak2?

SEBENARNYA, kita menerima apa yang kita berikan.

muhasabah diri kita. ada tak kita merasa benci pada seseorang? ada tak kita merasa marah yang amat pada seseorang? ada tak kita meluat tengok seseorang?

cuba lihat kembali apa yang kita terima? bukankah sama?

sekiranya kita ada menyimpan rasa benci pada seseorang, maka akan ada orang merasa benci pada kita. sekiranya kita ada menyimpan rasa marah yang amat pada seseorang, akan ada orang yang merasa marah yang amat pada kita. sekiranya kita selalu negatif pada orang, maka orang juga akan selalu negatif terhadap kita.

apa yang kita terima adalah apa yang kita hantar. apa yang kita beri itulah yang kita dapat.

orang di sekeliling kita adalah cerminan diri kita. jika kita nampak muka yang bosan sebenarnya kita dah menghantar ‘pesanan’ aku bosan. sekiranya kita menerima cercaan dan hinaan orang, sebenarnya kita dulu telah menghina dan mencerca orang. perkara ini akan berterusan baik kita lakukan secara senyap , dalam hati atau secara nyata.

jadi, jika kita mahu bahagia, kita terlebih dahulu perlu membahagiakan orang lain. jika kita mahu orang sayang dan cintakan kita seratus peratus, maka kita terlebih dahulu perlu mencintai orang seratus peratus juga.

itulah hukum alam. sunnatullah.

cermin-diri

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.

“Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s