memahami keceriaan


mengapa kita selalu tidak ceria dan menganggap orang lain tidak memahami diri kita?

ada beberapa perkara yang dapat dilihat untuk memahami hal ini dan dengan pemahaman mendalam maka kita akan menjadi bukan sahaja seorang yang ceria tetapi amat bahagia. walau apa dugaan yang menimpa kita, kita mampukan melihat indahnya dan merasai nikmat manisnya ujian itu…

1.mematuhi hukum keseimbangan

sebenarnya apa yang kita lakukan adalah mematuhi hukum keseimbangan. “law of attraction’. setiap orang dianugerahkan Allah instinct atau ilham. ini adalah fitrah. fitrah ini mematuhi hukum keseimbangan. kita akan didatangi ilham atau persepsi dalam apa jua keadaan apabila melihat sesuatu perkara. persepsi yang datang boleh jadi negatif atau positif bergantung kepada diri individu itu sendiri. ini adalah petanda pertama seseorang itu mampu ceria atau tidak. nilailah persepsi kita… andai ia banyak negatif maka kita orang yang negatif thinking dan keadaan tubuh kita tidak sihat. orang yang sihat tubuh badannya , dia sentiasa menghasilkan persepsi yang positif.

untuk mendapatkan persepsi positif kita perlu mengawal pemikiran,. dengan mengamalkan empat sifat secara total dan menyeluruh, (sabar, ikhlas, hening dan redho), kita mampu mendapatkan mental dan fizikal yang sihat , lalu lahirlah persepsi-persepsi positif. maka dia akan merasa ceria yang akhirnya membuahkan bahagia dalam jiwa.

2.menjaga pemusatan tenaga pada tubuh.

pusat tenaga pada tubuh tertumpu pada perut. perut yang banyak menerima makanan atau individu yang mengamalkan makan- pantang nampak- akan tidak seimbang tenaganya atau terbeban. maka amat sukar sekali untuk dia menumpukan fikiran dan mengawal apa yang difikir dan mengawal apa yang diucap serta sukar juga mengawal apa yang dirasa. justeru, lahirlah peribadi negatif yang penuh dengan kebencian, dendam kesumat, marah yang sukar dibendung dan segala negatif lainnya. bagaimana mahu ceria orang yang begini.

lalu, sesuai sekali kita jadikan ramadhan yang bakal menjelang tiba sebagai satu bulan penuh kerahmatan dan barokah yang menterapikan jiwa dan merawat seluruh sistem tubuh kerana perut yang mengawal pemusatan tenaga tidak terbeban dengan pemakanan.

waktu lainnya, jadikan amalan mengikut sunnah iaitu berpuasa pada isnin dan khamis sebagai ubat jiwa. ini penerangan secara saintifik kenapa disunatkan berpuasa pada hari-hari tersebut.

3.kaitan thalamus dengan keceriaan.

tahalamus adalah satu organ kecil di bahagian kepala yang mengawal keceriaan individu. fungsi biologinya ialah menjaga imunisasi tubuh. orang yang selalu merasa pening dan sakit kepala adalah orang yang lemah thalamusnya. maka orang ini sukar sekali merasa ceria dan selalu murung. mereka perlu menjaga tidur dan kembali kepada sunnah iaitu mengamalkan tidur sejam selepas isyak dalam kegelapan dan bangun di sepertiga malam untuk melakukan sesuatu yang khusyuk. insyaallah, ini akan mentenagakan kembali organ thalamus mereka. selain merawat migrain, amalan ini turut membuatkan seseorang kembali ceria.

4.menutup rambut.

rambut adalah bulu roma terpanjang. untuk seseorang itu ceria, maka dia perlu menjaga sistem kederiaan bulu roma ini agar  tidak tercemar dengan caj proton. bulu roma mudah tercemar sekiranya ia terdedah dengan udara persekitaran.

Antara kesan pencemaran proton terhadap rambut ialah
1. Beberapa penyakit berkaitan spitirual mudah mengganggu.
2. Kelemahan sistem immune.
3. Mudah kemurungan.
4. Gangguan kecekapan Emotional Quotient (EQ).

Bulu roma yang terpanjang ialah rambut. Disebabkan ia mudah tercemar, penjagaan yang terbaik ialah dengan cara menutupnya daripada terdedah atau membasuhnya dengan kerap.

Kewajipan memakai tudung bagi kaum wanita bukan sekadar untuk menutup aurat, malah ia membantu mengelakkan pencemaran proton pada deria rambut.

Karektor Rambut Kusut

Bakteria sentiasa mencari ruang organik yang kurang bertenaga untuk ditumpangi dan membina habitat yang baru. Rambut yang tercemar dan kusut akan menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria (maism). Jumlah maism atau bakteria yang berlebihan akan melemahkan sistem kawalan biotik semulajadi (antibiotik semulajadi). Mereka yang lemah pusat kawalan biotik  mudah merasa kebosanan atau tidak ceria.

albert-einstein

Albert Einstein dikatakan sebagai genius tetapi tidak gembira.

Langkah untuk mengatasi pencemaran proton terhadap rambut ialah
1. Melindunginya daripad terdedah kepada radiasi atmosfera luar rumah terutama waktu petang (30 minit sebelum maghrib).
2. Membasuh anggota yang terbuka dengan kerap.
3. Menutup kepala atau memakai tudung.

dengan menjaga kederiaan ini, maka seseorang itu mampu ceria.

5.tabiat berkata,

bosanlah..

boringnya..

fed uplah..

dan yang seumpama dengannya akan makin melemahkan sistem organ yang menjaga keceriaan iaitu sistem biotik tubuh.

makin banyak atau makin kerap bercakap bosan, boring dan seumpamanya maka makin banyaklah sel-sel dormant mati, lalu orang tersebut makin tidak ceria.

jadi awasilah apa yang dikata dan awasilah apa yang difikir.

moga hidup ceria selalu serta mampu menikmati warna-warna dalam kehidupan dengan penuh bahagia. tiada hidup tidak ceria walau apa pun keadaan diri kita melainkan orang tersebut negatif fikirannya dan tidak sihat tubuh badannya hasil daripada pemilihannya sendiri. ingatlah kita adalah sebaik-baik kejadian dan satu-satunya makhluk Allah yang berakal. maka letakkan kanlah diri kita di tempat yang selayaknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s