mempertahankan jodoh


mari duduk sebentar dan muhasabah tentang jodoh.

kepada yang kini bergelar isteri. suatu ketika kita pernah bertitle anak dara.

pejamkan mata, cuba kenang kembali betapa suatu ketika dulu kita merintihkan doa ke hadrat Ilahi agar ditemukan jodoh. memohon kepadaNYA agar hati yang sunyi diisi dengan perasaan cinta . mencintai dan dicintai.

kita menjaga diri kita agar sentiasa cantik, anggun dan bergaya. moga mata kekasih yang memandang menjadi sejuk dan sentiasa teringatkan kita. rindu dan dendam berahi menjadi mainan tidur dan jaga.

walau apa yang dikata oleh orang tentang pasangan kita , kita pekakkan telinga dan butakan mata hati.

akhirnya kita diijabkabulkan.

bermula era baru kita sebagai pasangan suami dan isteri.

kini, berapa tahunkah usia perkahwinan?

apa yang dirasa dalam hati?

bahagiakah kita atau kita rasa kita menderita?

apa kita masih bergelar isteri atau hati sedang berkira-kira untuk minta dilepaskan?

mengapa begitu?

andai kita bahagia, alhamdulillah. jadikanlah kebahagiaan kita itu sebagai akar tunjang untuk kita semakin menjadi hambaNYA yang bersyukur dan bertambah-tambah ketaqwaan kita kepada NYA. Dia Yang Memasukkan Bahagia dalam hati hambaNYA.

persoalannya sekarang, sekiranya kita merasa diri kita tidak bahagia. kita merasa perkahwinan kita adalah sesuatu yang sia-sia. kita merasa yang kita salah pilih pasangan. kita merasakan pepatah ‘kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’ itu amat bertepatan menterjemahkan perkahwinan kita. maka, mampukah kita merubahnya?

mampukah kita membuatkan hati kita berbunga kembali dan mengembalikan cinta di hati kita dan pasangan? membuatkan kita merasa semakin hari semakin sayang dan walau jauh di mata tetapi dekat di hati?

kalau kita mampu, bagaimana caranya?

soalan pertama sebagai langkah permulaan… siapa yang memberi kebahagiaan kepada seseorang?

siapa yang menjadikan seseorang itu bahagia? merasa cukup dengan apa yang ada? merasa indah setiap kali bersama pasangan? merasa damai setiap kali mendengar suaranya? merasa selamat setiap kali berada dalam pelukannya? siapakah yang meletakkan bahagia menyanyi riang dalam hati kita?

kalau kita mengatakan pasangan atau suami, maka kerana itulah kita sentiasa menderita. kerana bukannya senang untuk memuaskan hati manusia. manusia itu tidak pernah puas selagi daging tidak bersebati dengan tanah.

Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam keadaan berkeluh kesah lagi kikir.” (QS. Al-Ma’arij: 19).

itulah manusia, senantiasa tidak puas lalu,bagaimana mahu membuatkan dia bahagia dan kerananya pula kita bahagia?

“Sesungguhnya manusia itu di ciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir,Apabila di timpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila mendapat kebaikan ,ia kikir {Qs.Al-Ma’aarij : 19-21 }

sekiranya kita mengatakan bahawa kekayaan lah yang membahagiakan kita maka, pencetus kebahagiaan kita inilah musuh utama kebahagiaan diri kita. takkan sampai ke hari kiamat kekayaan seseorang itu menjadi penyebab kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

sifat manusia itu tamak, sekiranya diberi satu bukit emas, maka pasti tidak cukup dan mahu bukit kedua. begitulah berterusan.

maka pada siapa sebenarnya kita boleh meletakkan harap untuk bahagia?

hanya Allah swt.

orang yang menyerahkan segala yang berkaitan tentang hidupnya pada Allah, pasti kebahagiaan menyelimuti dirinya. hatinya sentiasa berbunga riang. walau apa ujian mendatang, itu dianggap sebagai kasih sayang Allah terhadapnya. dihadapinya dengan tenang dan sabar. segala larangan Allah diturutinya dengan taat. segala suruhan Allah dipatuhinya dengan ikhlas.

bagaimana dengan meletakkan Allah sebagai cinta abadi menyebabkan perkahwinan bahagia?

sesungguhnya hati yang penuh dengan cinta akan menarik cinta jua.bila  kita memenuhkan hati kita dengan cinta kepada Pencipta kita, maka hati kita bersih dan putih. hati yang bersih akan menarik elemen positif. cinta adalah anugerah Allah yang besar kepada hambaNya. cinta adalah antara ELEMEN POSITIF YANG BESAR yang akan ditarik oleh minda yang positif.

lalu bagaimana mahu mendapat hati yang penuh dengan cinta terhadapNYA?

dengan tidak berkeluh kesah. apa rahsia untuk tidak berkeluh kesah?

Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya. Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta). Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya…” (QS. Al-Ma’arij: 22-27)

ya, solat dan sadaqah. serta aqidah dan rasa takut pada azab Allah.

sesungguhnya dengan mendapat solat yang khusyuk rupanya adalah satu jalan untuk menambahkan cinta  di hati kita  pada pasangan kita. inilah usaha kita untuk mempertahankan jodoh dan perkahwinan serta menyemarakkan kembali perasaan cinta pada pasangan.

betulkan solat dan berusaha untuk mendapatkan solat yang khusyuk. ketahuilah untuk mendapat solat yang kgusyuk ada banyak syarat yang perlu dipatuhi. pelajarilah kesaemuanya agar solat yang khusyuk itu menjadi milik kita.

langkah seterusnya adalah dengan kekuatan doa. berdoalah . berdoalah , memintalah padaNYa untuk semua yang berkaitan tentang hidup kita. yakinlah RAHMAT ALLAH itu sangat dekat. pemakbulan doa itu lebih hampir dari kita dari urat leher kita sendiri.

moga langkah ulung yang kita ambil meletakkan kita dalam kebahagiaan dunia dan akhirat. dan rumah tangga bahagia dianugerahkan Allah kepada kita.

Advertisements

4 thoughts on “mempertahankan jodoh

    1. jaga hubungan dengan ALLAH dan makhlukNYa
      banyak doa
      dan boleh buat rawatan agar family ada kekuatan untuk redho.
      utk tahu syarat rawatan , boleh col atau telegram saya. 0136215110

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s