DIRI KITA HANYA PINJAMAN


sebenarnya diri kita ini hanyalah pinjaman. suatu ketika nanti kita akan hilang kawalan secara total ke atasnya.

surah yasin ayat 50; mafhumnya:

‘pada hari ini kami tutup mulut mereka dan kami izinkan kedua-dua tangan mereka dan kaki mereka menjadi saksi atas apa yang telah mereka lakukan’.

nmaun, untuk menunggu saat itu kita selalu lalai dan leka, kerap kali kita merasakan saat – saat kematian itu terlalu jauh daripada kita. hatta, sehingga kita mendengar berita kematian sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara terdekat kitapun kita tidak mengambil iktibar sedang sabda rasulullah;

“Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

lalu, apa yang mahu dibanggakan tentang diri kita sehingga membuat kita sombong dan bongkak kepada pencipta kita sendiri?

sesungguhnya tiada suatu apapun yang berlaku pada kita melainkan ia hasil dari dua tangan kita sendiri. kita mencipta taqdir melalui tarikan pemikiran kita secara sedar mahupun tidak. penarikan taqdir berlaku dengan izinNYa. namun taqdir mampu dirubah dengan doa yang dimakbulkan.

doa pula luas sekali tafsirannya. hati yang berkata-kata juga adalah doa. pemikiran yang berlegar dalam kepala juga adalah doa. lalu, berhati-hatilah dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita kata. bimbang ia negatif tetapi kerap berlegar di kepala dan kerap kita ucapkan sehingga ia makbul dan itulah taqdir kita yang diizinkanNYA.

wach out for what you say and watch out for what you think.

hidup berilmu, ceria selalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s