buat maya


sesungguhnya dalam diri kita sentiasa ada ragu dan keluh kesah. itulah fitrah manusia. hanya keimanan sahaja yang mampu mengawal karektor tersebut. apatah lagi warna diri maya adalah emosi 80% dan fizikal 20%. banyak menggunalan emosi akan makin melemahkan peribadi. banyak kan sabar dan redho.

langkah pertama yang perlu dibuat adalah bertaubat kepada Allah. minta dia bantu mengukuhkan hati agar keputusan mudah dibuat dan kita diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan berdasarkan keputusan tersebut.

apa jua yang berlaku adalah hasil perbuatan tangan kita sendiri namun Allah maha pengampun. bertaubatlah dengan taubat nasuha. amati ciri taubat nasuha.

Taubat

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)

Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.

Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Mukasyafatul Qulub’, dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:

Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.

Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.

Dia selalu bergaul dengan orang yang baik.

Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.

Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.

Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.

sesungguhnya taubat nasuha itu permulaan dalam kehidupan. mudah2an hati bersih dan kehidupan selepasnya bahagia dan menenangkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s