diagnosis buat silver papyrus


salam silver, moga dalam rahmat Allah senantiasa.

apa yang mahu disampaikan akan dilakukan secara terus terang dan mohon dibukakan hati untuk menerima dan memahami agar proses rawatan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. mudah-mudahan dimudahkan Allah dan diagnosis ini dapat membantu.

terlebih dahulu terima kasih atas kepercayaan, serta maklumat yang lengkap, amat memudahkan saya dalam diagnosismu. tiada yang datang daripada saya melainkan yang penuh kelemahan dan yang baik itu hanyalah dariNYA.

siver dikesan ada yang mengganggu. gangguan didatangi dalam bentuk saka keturunan dan saka amalan. mungkin ada mendapatkan perawat bidan, tukang urut atau penyumbang sebangsa dengannya yang telah memberi ilmu dan diamalkan.

saka keturunan jarang sekali disedari oleh kita kerana dia datang melalui keturunan. kekadang generasi atasan kita menggunakan khidmat jin untuk membuka kampung, menjaga rumah dan keluarganya atau mengamalkan amalan tertentu yang hadhir bersama jin lalu jin itu menjadi khadamnya dan saka kepada generasi seterusnya.

saka ini merosakkan dan meruntuh serta memecahbelahkan. jasad fizikal kita dirosakkan. organ menjadi lemah hingga ke tahap rosak terus, lalu membabitkan personaliti dan karektor kerana organ selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan menjaga imunisasi dia turut mengawal personaliti tertentu mengikut jenis organ.

banyak hubungan dan rumah tangga menjadi panas dan akhirnya berpecah kerana pasangan baik salah satu darinya atau kedua-duanya ada saka tetapi mereka tidak menyedarinya. memang kerja jin dan iblis merosak dan memufarakahkan anak adam agar terjun ke neraka jahanam bersama-sama dengannya.

kehadiran saka adalah antara penyebab kepada kelemahan organ. dan adanya saka menyukarkan kita untuk memperolehi 4 sifat sel iaitu sabar, ikhlas, redho dan hening. namun, saka ini boleh dihancurkan. rawatlah jangan biarkan ia berterusan memudaratkan baik secara fizikal mahupun emosional.

saka pada silver dikesan melemahkan usus dan buah pinggang. perlu diingatkan, amalan pemakanan dan pemikiran serta kegagalan mengamalkan 4 sifat sel adalah penyebab utama organ lemah.

Buah pingang dipengaruhi oleh karektor citarasa. Memendam sesuatu dalam keadaan tidak menjaga diet yang sihat akan menjadikan buah pinggang mudah terjejas.

Makanan yang menjejaskan buah pinggang secara terus ialah makanan yang tinggi protein, makanan yang berperisa dan berperwarna tiruan.

Buah pinggang dan kelenjar adrenal mempunyai frekuensi tenaga yang sama. Buah pinggang boleh terjejas sekiranya adrenal lemah. Adrenal berfungsi mengawal kecemasan ketika terkejut dan puncak keghairahan ketika hubungan kelamin. Kekerapan berlaku kecemasan atau perkara yang merangsang hormon adrenalin dirembeskan boleh melemahkan buah pinggang dalam tempoh jangka panjang. namun, lemah adrenalin memungkinkan seseorang tidak mencapai ghairah atau klimaks seksual.

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Punca Sakit Tulang Belakang

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.

Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadamanterjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah  atau masalah Tyroid maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang.

Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialah

Hati, Perut dan Limpa

Buah Pinggang

Hempedu

Pankreas

nerve

Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.

Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan (disk) di antaranya menjadi lemah.

Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan (disk) di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

Disk yang rosak boleh pulih dan tumbuh semula seperti normal. Slipped Disk boleh dihindari sekiranya kita mengamalkan sifat tenang, ikhlas, rabar dan redha.

kelemahan pada buah pinggang akan meyebabkan simptom berikut:

* Gangguan ginjal.

* Kencing tidak lawas / terhenti.

* Berlebihan / kekurangan air kencing.

* Sakit semasa air kencing / perencatan pundi kencing.

* Kewujudan benda asing dalam air kencing.

* Dahaga yang amat sangat.

* Sakit tulang belakang sampai bawah.

* Sakit bahagian bawah belakang.

* Sakit lutut / tangan kebas.

* Sakit urat peha / pangkal peha.

* Gangguan pusingan darah ke jantung.

* Tidak boleh tidur atas tempat rata.

* Batu karang di ginjal.

* Fungsi melawan / merangsang pernafasan.

* Meningkatkan kecepatan kongulasi darah.

* Mengawal keletihan.

* Kesukaran tidur disebabkan stress.

* Glomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah(glomeruli) dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencingberdarah).

* Bengkak air di kaki.

* Sembab di muka.

* Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar di ketika sedang tidur).

* Semua sakit bahagian belakang adalah disebabkan kelemahan atau gangguan di mana-mana atau salah satu daripada organ berwana kuning iaitu perut, hati, limpa hempedu, buah pinggang, hempedu atau kulita serta pankreas . Ia bukan berpunca daripada sakit tulang belakang, tetapi kerana saraf tulang belakang menanggung isyarat kesakitan di bahagian sesuatu organ.

* Untuk semua situasi di atas, masalah tekanan perasaan lah yang paling berkait rapat dengan wujudnya masalah tersebut.

* terdapat  bahan-bahan sisa metabolisma dalam saluran darah.

* Kurangkan makan makanan yang masin / bergaram.Kepekatan urea adalah tanda fungsi buah pinggang terganggu.

* Korteks Adrenal memainkan peranan penting semasa tekanan jiwa.

* Medulla Adrenal dikawal oleh sistem saraf simpatetik.

silver, selain penerangan tentang buah pinggang itu, saudari juga dikesan lemah pada usus.

worst case senario, usus ini akan menyebabkan buasir. sedikit penerangan tentang buasir ini;

Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukkan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;

1. Sifat kurang yakin

2. Terburu-buru

3. Suka menangguh kerja

4. Was-was

Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membuang air besar.

Aktiviti dan tenaga usus besar dikawal oleh otak Hipothalamus . Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:

1. Cili

2. Rempah

3. Lada

4. Ulam pegaga dan ulam raja

5. Kopi

6. Tembikai

7. Makanan rangup

Selain makanan panas, makanan yang tinggi fiber juga boleh melemahkan usus besar. Fiber boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan. Antara makanan yang tiggi fiber ialah:

1. Pisang (kecuali pisang embun)

2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko

1. Milo

2. Coklat koko

3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fiber, maka semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fiber dihentikan pengambilannya.

Tidur Sebagai Rawatan

Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur.

Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas.

Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena.

Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori dua jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus. Jumlah tidur bukan penentu kesihatan usus, tetapi kualiti tidur atau “Tidur Delta”. tidur yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan merawat kesihatan ialah tidur yang amat lena dalam keadaan otak bertahap delta . untuk otak mendapat tahap delta ialah apabila kita tidur awal sebagaimana pengamalan rasul iaitu sejam selepas isyak dan bangun awal sekitar jam 3pagi untuk solat hajat yang mana akan mengaktif dan mentenagakan organ hipothalamus.

Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan.

Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.

masalah usus dan cirit birit

Cirit birit keadalah keadaan masalah pembuangan air besar yang kerap, tidak terkawal dan berlaku discaj air yang banyak semasa membuang air besar.

Cirit birit berlaku disebabkan probiotik di dalam usus besar musnah disebakan ketoksidan yang berpunca daripada keasidan yang tinggi di dalam tubuh. Keasidan yang tinggi ini datangnya daripada pemakanan sama ada, keracunan atau pencemaran makanan. Makanan yang dihinggapi lalat antara punca utama yang menyebabkan makanan tercemar. Makanan yang tercemar, mengandungi protein teroksida yang tinggi yang juga bertindak sebagai racun dan berasid.

Pada peringkat awal, keracunan makanan boleh diatasi oleh Hati . Tetapi dalam kuantiti yang banyak, hati sudah tidak lagi mampu memproses racun seterusnya akan menukar racun dalam bentuk asid untuk diproses oleh Pankreas .

Walaupun organ utama yang berkaitan dengan cirit birit ialah usus besar ), namun rawatan terbaik untuk menjadikan prebiotik terbina semula secara sedia kala ialah dengan memastikan tahap asid dalam tubuh dikawal.

Petua ketika cirit-birit

Pastikan anda tidak mengambil makanan yang mengandungi kalori tinggi seperti cili, kari atau dari jenis yang pedas.

Elakkan mengambil makanan yang rangup kerana ia tidak mampu dicerna dengan baik disebabkan kekurangan air dalam badan.

Ambil air teh ais sebagai minuman sementara sebagai menggantikan air yang hilang. Teh boleh bertindak sebagai anti oksida yang mampu menahan keracunan daripada terus merebak. Meminum air Aromatherapy Seri Wajah juga bertindak sebagai anti oksida.

Tidur pada waktu Qailulah (11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari) supaya penghadaman berjalan lancar. Tidur awal selepas Isyak (sebelum pukul 9.30 malam) supaya bahagian Hyperthalamus yang mengawal kekuatan usus menjadi lebih bertenaga.

Bahagian hipothalamus mengawal tumpuan dan kekuatan usus amat sensitif dengan bunyi dentuman (high range frequency). Elakkan daripada mendengar bunyi-bunyian berdendum atau muzik yang bergendang.

Insya Allah, petua ini menyumbang kepada 80% faktor penyembuhan.

antara simptom atau tanda organ usus lemah

* Sembelit.

* Masalah usus besar / usus jatuh.

* Cirit-birit / masalah makan.

* Sisitem usus tidak teratur / usus sensitif.

* Kekejangan.

* Banyak gas dalam usus.

* Pendarahan semasa buang air besar.

* Buasir.

* Sakit belakang kepala bahagian kanan.

* Apendiks (appendix).

* Cacing / muntah cacing / gatal di dubur.

* Hernia pusat.

* Usus tersumbat (kanak-kanak)

* Jangkitan tali pusat.

* Keracunan (bayi).

* Tekak loya atau termuntah setelah bersenam atausetelah melakukan kerja berat (berstamina).

keterangan lanjut tentang usus

* Usus sihat merberikan tahap kesihatan yang optima.

* Membantu menghilangkan perkara-perkara seperti takut,terperanjat dan perasaan kaku.

* Resah di waktu pagi / rasa tidak bersedia menghadapi hari.

* Delusi terhadap rasa yang diri selalu ditipu / tidak yakin atau tidak percaya dengan sesiapa.

* Sukar mempercayai perkara baru atau yang berunsur spiritual atau yang terlalu saintifik.

* Gangguan usus di waktu pagi berpunca di bahagian pankreas yang tidak dapat meneutralkan keasidan dalam usus kecil.

* Banyak kaitan dengan kawalan tumpuan / tidur .

antara tanda-tanda serius usus;

* Sakit perut lebih daripada 4 jam.

* Punca demam kepada kanak-kanak.

* Muntah-muntah dan muntahnya berwarna hijau.

* Perut kembung dan sembelit juga membuatkan nafasberbau.

* Sakit memulas di bawah pusat.

* Muka pucat dan letih lesu (kanak-kanak).

* Cirit-birit yang berterusan perlu banyak minum air.

* Mulut dan lidah kering.

* Keresahan yang berterusan akan mengganggu fungsi ususbekerja dan bermulalah segala macam penyakit.

* Bayi yang sakit perut akan menangin dengan kakinyaterlipat ke dada.

warna diri silver ialah biru dan pink. biru 80% dan pink 20%.

Organ-organ yang terdapat dalam kawasan bawahan  tubuh ialah organ-organ yang mempengaruhi karektor fizikal. Oleh itu level ini yang merupakan gabungan antara organ dan karektor-karektor pembawakannya menjadikan bahagian ini digelar sebagai “level fizikal” atau “warna diri Biru”

Berikut ialah organ pada bahagian bawah dan pengaruh pembawakan karektornya;

ORGAN

KAREKTOR

POSITIF

KAREKTOR
NEGATIF

Sistem Reproduktif

  1. Ovari
  2. Testis
  3. Rahim
Kelapangan
Harmoni
Kedinginan
Panas baran
SistemAlatKelamin

  1. Prostat
  2. Uterer
Citarasa
Kasih Sayang
Sengsara
Sistem Darah Tenteram Gemuruh
Sistem Otot Bersedia
Keterampilan
Gelojoh
Sistem Usus

  1. Usus Kecil
  2. Usus Besar
  3. Appendix
Keyakinan
Berani
Ketakutan
Keraguan
Sistem Saraf Kematangan Ego
Sistem Tulang Kerajinan Tiada mood
Menangguh kerja


Rumusan Keseluruhan Personaliti Fizikal

Seorang yang berintelektual dan berjaya dalam akademik. Seorang yang agresif. Berpandangan jauh. Ketrampilan dengan penuh gaya dan kemas. Bercita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup. Berkelayakan menjadi pemimpin kerana bersifat tegas serta cekal. Berkebolehan fizikal yang mengkagumkan terutama bersukan atau melakukan kerja berat.

Warna Latar Belakang Aura: BIRU

KECENDERUNGAN

  1. Pengelolaan
  2. Turutan
  3. Perancangan
  4. Terpeinci
  5. Konservatif
  6. Struktur
  7. Pengawalan
KERJAYA

  1. Pentadbir
  2. Akuantan
  3. Organisasi
  4. Penyimpan kira-kira
  5. Perancang Operasi
PERANGAI / TINGKAHLAKU

  1. Suka melihat sesuatu pada yang lepas
  2. Melakukan sesuatu dengan agenda
  3. Menekankan aspek masa atau jadual
  4. Ikut peraturan/prosedur
  5. Kebolehan fokus suatu perkara pada suatu masa
  6. Bekerja secara sistematik
  7. Buat sesuatu mengikut langkah – ikut kura-kura lawan arnab
  8. Talah dan tekun
  9. Lebih hati-hati – kawal lihat pada keselamatan
  10. Safe Keeping bukan Risk Taker
  11. Menolak apa sahaja idea yang kabur
  12. Sukar menerima perubahan/emosi
  13. Membuat anggaran perbelanjaan yang lengkap dan terpeinci
PEMBELAJARAN

  1. Mengikut arahan yang sedia ada
  2. Melakukan ulangan/terperinci
  3. Langkah demi langkah
  4. Serius dari segi aspek masa
  5. Utamakan jadual dari manusia
  6. Teori Kolb / McCharty – Common sense – WHY?
  7. Teori Gregorc/Bulter-Sistematik/terperinci,suka pada arahan/prosedur
  8. Membuat sesuatu dari yang mudah kepada yang lebih susah
  9. Pemusatan kepada kandungan pelajaran bukan pelajar
KAUNSELING – Aliran B. F. Skinner

  1. Prosedur dan disiplin
  2. Teknik berarah
  3. Visi, matlamat dan objektif
PENGURUSAN PERNIAGAAN

  1. Menetapkan matlamat dan fungsi
  2. Tegas dan tanggungjawab
  3. Ikut dasar/peratuaran/hirarki
  4. Elak risiko/kesilapan – Zero Defect
  5. Takut membuat perubahan
  6. Pentingkan produktiviti dari sumber manusia
  7. Menekankan aspek perancangan operasi
KEMAHIRAN

  1. Buat perancangan dan disiplin diri
  2. Belajar secara terancang dan berjadual
  3. Langkah terperinci dalam melakukan sesuatu
  4. Membuat perancangan bajet
  5. Sistem menyimpan dan menyusun fail
  6. Plato / Thatcher

Silver, diagnosis menunjukkan log tubuh anda adalah log 3.

Satu Injap Jantung Lemah

Dalam satu binaan struktur jantung, untuk memastikan ia dapat berfungsi sebagai sebuah pam, maka secara semulajadi terdapat satu bahagian injap telah dilemahkan. Keadaan ini adalah normal bagi setiap manusia. Dengan lemahnya satu injap ini, maka jantung akan terus dapat berdenyut berterusan tanpa henti dan tanpa mengalami kehabisan tenaga (yang mengakibatkan haus / panas / jem / stuck / hang). Berbanding dengan otot jenis lain, tidak terdapat mekanisma seperti jantung yang menyimpan tenaga infrasonik malah menjananya pula dan tidak terdapat sistem binaan yang membolehkan berlakunya “recycle energy” untuk mematikan ia sentiasa berdenyut.

Injap Dan Organ Pembersih

Setiap injap yang lemah akan mempengaruhi arah aliran darah kepada sesuatu organ. Berdasarkan kajian, akhirnya rumusan dapat ditentukan hubungan antara setiap injap dengan organ pembersihnya.

INJAP

ORGAN PEMBERSIH

1. Trikuspid (tiga kuspid)
– darah dipam masuk dari tubuh
– tidak beroksigen
Hati
2. Sabit Alteri Pulmunari
– darah dipam keluar ke paru-paru
– tidak beroksigen
Paru-paru
3. Bikuspid (dua kuspid)
– darah dipam masuk dari paru-paru
– beroksigen
Buah pinggang
4. Sabit Aorta
– darah dipam keluar ke seluruh badan
– beroksigen
Usus besar

Sistem Log dan saiz tubuh genetik.

Berdasarkan kajian fisiologi yang unik ini, maka wujudlah satu istilah dinamakan “Sistem Log”. Secara fizikalnya, kesan pengaruh sistem log terhadap organ menjadikan tubuh mempunyai saiz normal yang digelar “sistem saiz genetik”.

Berbeza sistem log, maka saiz tubuh juga berbeza.

SISTEM LOG

SAIZ TUBUH

LOG 1
– injap trikuspid secara semulajadi lemah
– memberi kesan kepada hati dan pembakaran lemak berlaku secara aktif
– darah dibawa dari hati dengan mudah masuk ke jantung
– lemak yang terbentuk mudah dipecahkan

Kurus

LOG 2
– injap sabit alteri pulmunari secara semulajadi lemah
– memberi kesan kepada kadar oksigen dan menghalang pembentukan lemaksama sekali
– darah dari jantung dengan mudahdipam ke paru-paru
– urik asid dan karbohidrat lemak tidak mudah terbentuk

Sangat kurus

LOG 3
– injap bikuspid secara semulajadi lemah,
– tidak memberi sebarang kesan terhadap tubuh
– sistem normal
– buah pinggang dapat menjalankan fungsi seperti biasa dan saiz tubuh sederhana

Sederhana

LOG 4
– darah dipam dengan mudah ke seluruh tubuh
– memberi kesan kepada metabolisma
– darah kurang beroksigen, memudahkan pembentukan lemak
– usus menerima banyak bekalan darah dan menjadi aktif
– keaktifan usus menjadikan fiber mudah dibuang dan urik asid yang tertinggal mudah membentuk lemak

Sangat gempal

semoga diagnosis ini dapat membantu memahami beberapa perkara dalam kehidupan dan memudahkan rawatan.

Advertisements

One thought on “diagnosis buat silver papyrus

  1. saya sering gemuruh,pening dantidak boleh tidur sampai subuh.selera makan tidak ade.dan tapak tangan saya sering berpeloh.Lagi satu saya suka bersendirian dan akan fikir macam2 hal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s