KEAJAIBAN MINDA


Apa yang berlaku pada kita telah berlaku dalam minda separa sedar kita, lalu, ciptakanlah jalan untuk minda separa sedar menarik perkara yang baik-baik.

tulislah setiap malam apa yang kita mahu pada keesokkan harinya. perlu ditulis agar minda kita ‘aware’ dengan kehendak kita. sekiranya tidak ditulis, minda separa sedar tidak perasan dan dia terusan mencipta kehendaknya yang tersendiri.

ambil pen, tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar serta berselawat. mulakan dengan bismillahirrohmanirrohim lalu tuliskan satu persatu apa yang kita mahu.

1.mahu hidup dalam kebahagiaan dan keredhoan Allah.

2.mahu miliki sifat tenang, ikhlas, sabar, hening dan redho – 4 sifat sel.

3.mahu mendapat solat yang khusyuk

4.mahu meningkatkan amalan

5.mahu memiliki rezeki yang barakah.

6.mahu mati dalam husnul khatimah.

7.mahu menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

BEGITU JUGA ANDAI MAHU MILIKI HARI YANG CEMERLANG ESOK HARI, TULISKAN SETIAP MALAM APA YANG AKAN DILAKUKAN PADA ESOK HARI.

ini akan menyediakan minda separa sedar untuk menarik perancangan kita menjadi kenyataan.

seorang singh yang wajahnya awet muda walau telah berusia hampir 70-an memberitahu rahsia awet mudanya itu adalah kerana dia tidak pernah marah.

rahsia untuk dia tidak pernah marah itu adalah kerana setiap malam dia beritahu isterinya bahawa dia tidak akan marah esok hari dan itu dilakukannya pada setiap malam sebelum tidur!

bayangkan, apa yang akan kita peroleh kebaikan pada esok hari sekiranya kita senaraikan dan tulis secara jelas apa yang akan kita lakukan esok hari.

1.bangun sepertiga malam, mandi dan solat sunat taubat, solat tahajud dan solat hajat. setelah itu akan menunggu waktu subuh dengan mengaji al-quran.

2.memastikan ahli keluarga solat subuh, mengemas rumah, menyediakan sarapan dan memastikan anak-anak menyediakan segala keperluan sekolah seperti membasuh kasut, menyiapkan kerja rumah, belajar perkara baru, membuat ulang kaji dan menggosok pakaian sekolah.

3.mengajar anak-anak dan memberi tazkirah, bermesra dengan keluarga, membanyakkan senyuman manis dan memberi nasihat serta motivasi yang merangsang minda dan semangat jati diri anak-anak.

4.menyiapkan kerja atau ‘task’ kerjaya.

5.solat di awal waktu dan berjemaah.

6.menghubungi ibu bapa atau adik beradik untuk merapatkan silaturrohim.

senarai tentunya berubah hariu demi hari tetapi pastikan ditulis setiap malam.

hidup berilmu, ceria selalu

Advertisements

2 thoughts on “KEAJAIBAN MINDA

  1. aku hanyala suri rumah…. kerjaku setiap hari…
    1…suboh kejutkan anak anak ku seramai 5 orang bangun suboh. mengejutkan mereka bukan satu tugas yang ringan. kena ketuk pintu berpuluh kali untuk 4 buah bilik anak.ada juga yang dah bangun tidur kembali.
    jadi untuk ringankan tugas ku setiap malam sebelum aku tidur aku ulang-ulang mudakanlah semua kerja aku esok
    termasuk kejutkan anak solat suboh. nampaknya berkesan. ada yang dah bangun sebelum di kejut bila aku ketuk satu bilik pertama.

    2…buat sarapan..hantar anak ke sekolah..kadang-kadang aku fikir..eh kerja aku macam orang gaji.
    orang gaji sah-sah bergaji.. tapi aku…..
    ya…gaji aku iala kasih sayang allaH…suami dan anak-anak… itula duniaku
    aku rela macm orang gaji asalkan suami dan anak-anakku… selamat..sehat..bahagia..beriman dan menghormati sesama ..sendiri
    MINDA BAWA SEDAR AKU GUNAKAN UNTUK KEHIDUPAN SEHARI-HARI……KENAPA? TAK PERCAYA…
    HARI-ARI AKU BAYANGKAN KEJAYAAN SUAMI DAN ANAK-ANAK KU ITULAH DOA MINDA KU….

    1. a very good approach.. keep it up .. masukkan juga bayangan kejayaan diri sendiri sebagai ibu mithali dan isteri mukminah.. insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s