poligami


mengapa suami berpoligami?

bisa saja dia menemukan seorang perempuan baru yang dicintainya dan melepaskan isteri sedia adanya. ya. boleh juga begitu. malah kalau itu yang dilakukannya, maka itulah yang terbaik untuk si isteri.

yakinlah bahawa itulah yang terbaik. kalau begini , takdirnya berbeza pula. permasalahan juga berbeza.. ya! walau apa status kita, masalah, cabaran, mehnah , dugaan dan tribulasi tetap ada.

pada yang bergelar janda, masalah tentunya berbeza dengan isteri dan isteri yang dimadukan. pastinya juga berbeza dengan gadis dan wanita serta andalusia. namun, semua itu tetap akan punya masalah masing-masing.

apa bezanya?

penerimaan dan cara menghadapi masalah masing-masing. berbuatlah sesuka hatimu tetapi ingatlah setiap apa yang kita perbuat akan dipersoalkan di hadapan Allah nanti.

ada suami yang ketemu cinta baru tetapi masih mahu mengekalkan isteri sedia ada, with or without love. kekadang yang ada hanya rasa tanggung jawab.

tanggung jawab perlu ada dalam membentuk rumah tangga bahagia tetapi tidak sempurna tanpa cinta.

poligami?

mampukah suami mencintai lebih dari seorang wanita dalam satu-satu masa? ya boleh. hanya lelaki yang kuat keimanan dan ketaqwaannnya kepada Allah mampu. namun, itulah salah satu syarat poligami yang bahagia. ada cinta dan tanggunggjawab terhadap isteri yang ada dan isteri yang baru. bukan hanya cinta kepada isteri yang baru sahaja. sekiranya tiada itu untuk salah satu isteri maka, isteri yang tidak dicintai itu akan terasa dan merasa kecewa, mengikut tahap keimanannya pula.

andai dia tabah, ikhlas, tenang, sabar dan redho, maka dia akan tetap mampu bahagia walau tiada cinta di hati suami untuknya, kerana untuk isteri begitu, suami adalah alat untuk dia mendapat redho ilahi. maka, dia tidak kisah walau suami tidak mencintainya, malah walau suami tidak adilpun , tetap tidak menjadi kudis padanya, asalkan dia tetap tabah, ikhlas, redha dan sabar dalam menjalani kehidupannya sebagai isteri yang dimadukan suaminya. uniknya, isteri begini, yang tidak mengejar cinta suami sebaliknya, cinta itu yang melutut kepadanya. namun, dia tetap ikhlas, sabar, tenang dan redho.

sekiranya isteri tidak mampu untuk menghadapi hidup berpoligami itu, sebenarnya dia tetap berhak menentukan kehidupannya sendiri , yang penting, dia harus menjadikan dirinya tenang, ikhlas, sabar dan redho. hiduplah seadanya dengan dalam keredhoan Allah swt.

poligami?

seharusnya ia menjadi tempat membela nasib wanita. tidak dizalimi malah dilayan dengan kelembutan dan penuh rasa tanggungjawab dan cinta. sekiranya bimbang tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah seorang isteri bagi lelaki itu. lepaskan isteri yang suami itu telah tiada hati lagi padanya, insyaallah, Tuhan itu adil, dia akan temukan isteri itu dengan lelaki lain yang jauh lebih  baik.

tunaikan hak pada yang berhak dan sempurnakanlah ia sebaik-baiknya, jika tidak mampu, lepaskan  dengan cara baik, moga Allah memberkati keduanya.

love-youwho loves you?

dengan izinNya, orang yang berhak. hidup ini penuh warna warni, ceriakan diri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s