kesedaran hati dan kuasa minda


Mengapakah begitu susah sekali untuk hati menyedari hakikat bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba yang tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. setiap apa yang berlaku pada kita, kita tidak berhak mengadili sendiri. malah apa yang berlaku mesti dengan izinNya.

kalau pada saat ini, hati kita dilukai, hati kita disakiti, maka kesakitan dan kelukaan itu berlaku adalah dengan izinNYA.

namun hakikat sebenar yang turut mengiringi pernyataan itu adalah pilihan hati kita sendiri. kita yang membenarkan untuk hati kita disakiti dan dilukai.

hati boleh menjadi keras seperti batu, boleh menjadi lembut seperti agar-agar, boleh menjadi dingin seperti salju dan boleh jadi panas membara seperti api. terpulang kepada kita.

hukum keseimbangan mengatakan bahawa apa yang kita miliki pada hari ,kita sebenarnya telah menariknya terlebih dulu dalam alam ilusi. dan alam ilusi itu adalah dunia ciptaan kita melalui pemikiran kita dan bayangannya.

pemikiran yang mendalam tentang sesuatu secara berulang-ulang semakin menguatkan alam ilusi dan tarikannya untuk menjadi kenyataan.

hati yang terlalu bimbang akan diri kita pada suatu hari nanti akan bermadu, serta sentiasa memikirkannya tanpa sedar adalah perbuatan yang mencipta alam ilusi yang kuat dan kekuatannya untuk menjadi kenyataan juga kuat. lalu, pada suatu hari nanti, kita pasti bermadu kerana itu yang kita tarik dan itu yang kita ‘harapkan’. ia adalah doa dan doa yang berulang – ulang dengan penuh harapan pasti akan menjadi kenyataan, insyaallah.

betapa apa yang kita bayangkan akan menjadi kenyataan bergantung kepada  sekuat mana ciptaan alam ilusi itu melalui pemikiran bawah sedar kita.

illusion_01kerana itu kuasa minda memainkan peranan yang besar dan tonggak kehidupan.

pemikiran yang baik bukan sahaja membawa kebahagiaan tetapi juga membuahkan ketenangan dan hasilnya kita bukan sekadar memiliki apa yang kita mahu tetapi turut memiliki tubuh yang kekal bentuk asalnya dan wajah yang awet muda.

positive-thinkingbinalah kekuatan diri dan tariklah kebahagiaan dalam hidup dengan kesedaran hati dan kuasa minda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s