sifat sel


apa ya sifat sel?

sabar , ikhlas, tenang dan redho.

human-cell

Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan sel, ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel. Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila dalam keadaan hening.

Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan mengejut (interrupt) atau ini akan diberikan oleh hipothalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan menjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu. Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit.

Hening

Keheningan (ketenangan) sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bakteria berbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.

maka, mengamalkan sifat hening dan damai, justeru malah akan meningkatkan kepekaan antibodi melawan ‘musuh’, sebaliknya pula akan berlaku apabila kita tidak hening, sebarang perbuatan atau pemikiran walau sedikitpun yang mengganggu atau menyukarkan kita sehingga kita tidak lagi berada dalam keadaan hening , hanyalah memudaratkan tubuh. antibodi tidak mampu dikeluarkan, maka bakteria yang sepatutnya terhalang dari memasuki tubuh akan mengambil alih seterusnya merosakkan organ.

apabila organ rosak, karektor yang dikawal oleh organ itu pula yang akan turut lemah dan membuatkan seseorang itu menjadi orang yang negatif.

Sabar

Kesabaran sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sagat kompleks. Walaubagaimana berat atau sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan sehingga berjaya.

Ikhlas

Keikhlasan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten, sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.

Redho

Keradhoan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walupun ia dianiaya oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh tuannya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu barkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha).

Hening, sabar, ikhlas dan redha adalah sifat sebenar sel

maka, selagi kita turut mengamalkan sifat – sifat sel ini, kita akan mantap peribadinya dan akan menjadi orang yang sihat, fizikal dan mentalnya. sebarang perbuatan yang bertentangan iaitu tidak hening, tidak ikhlas, tidak sabar dan tidak redho akan menjadikan kita orang yang negatif dan berkarektor buruk.
GEMA DAN SEL

Setiap sel mempunyai gema yang tersendiri. Sel-sel tubuh menjalankan aktiviti-aktivitinya berdasarkan apa yang telah diperintahkanoleh Allah berdasarkan kod-kod genetik yang telah tertulis di dalam DNA tanpa ralat dan tanpa jemu. Sel-sel tubuh terus berkhidmat kepada tuannya (tubuh) tanpa khianat atau rasa ragu-ragu.

Gaya pemikiran sel adalah satu bentuk gaya pemikiran yang tertinggi dan yang paling asas dalam setiap bentuk ilmu pemikiran yang lain iaitu dalam bentuk intuitif. Pada waktu-waktu tertentu ia juga bersifat kreatif dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

Sel tidak pernah berfikiran secara logik, analatikal ataupun kritikal. Sel akan terus berkhidmat tanpa pernah menyoal kenapa dia perlu berbuat seperti yang telah termaktub dalam arahan ALLAH pada DNA. Khidmat sel terhadap tubuh tersangat ikhlas (konsisten) sepanjang masa, tidak kira sama ada tuannya (tubuh) itu adalah seorang yang paling luhur budi pekertinya di dunia ini ataupun ia adalah seorang penjenayah yang paling kejam di muka bumi ini.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja sel tetap akan terganggu apabila tuan tubuh tidak dapat mengawal pemikiran dan emosinya pada keadaan yang stabil. Tidak kira sama ada tuan tubuh itu adalah seorang yang paling baik akhlaknya atau yang paling buruk akhlaknya, jika ia sentiasa dpat menguasai atau mengawal pemikiran dan emoisinya, maka aktiviti-aktiviti sel tetap akan dapat berjalan seperti biasa.

Ramses (firaun) ialah satu contoh penzalim yang sentiasa sihat (aktiviti sel berjalan lancar) walaupun dia telah banyak melakukan kekejaman, beliau tidak pernah rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan terhadap orang-orang di sekeliling dan rakyatnya. Kematiannya bukan disebabkan oleh penyakit tetapi disebabkan oleh kemalangan (lemas di Laut Merah).

Sel-sel tubuh akan terus melakukan aktiviti-aktivitinya walaupun ia dimanipulasikan untuk tujuan tertentu. Sebagai contohnya ialah seperti apa yang berlaku dalam proses pengklonan gen. Dalam proses pengklonan, DNA daripada haiwan dewasa diambil dan disenyawakan dalam rahim ibu tumpang haiwan betina. Pada waktu itu sel yang telah disenyawakan itu akan terus membahagi sehingga terbentuklah janin yang serupa dengan haiwan dewasa yang telah diambil DNA nya tadi.

Para saintis sehingga sekarang merasa pelik bagaimana sel yang telah disenyawakan tadi boleh membahagi sehingga terbentuknya janin. Kekeliruan pada saintis ini adalah disebabkan mereka tidak menyedari bahawa setiap sel mempunyai rohnya dan roh ini akan terus menjalankan aktiviti-aktivitinya apabila sampai waktu resonan.

Dalam proses pengklonan itu tadi, resonan akan berlaku apabila DNA telah disenyawakan dengan telur betina dan ditempatkan pada tempat yang tepat (rahim haiwan betina) dan pada masa yang tepat. Apabila tempat (rahim), ruang (DNA dan telur) dan masa telah bertemu pada masa yang tepat, maka sel yang telah disenyawakan tadi akan membahagi tanpa perlu ia “memikirkan” tentang kewajaran akan tindakannya (sama ada halal atau haram).

Jestru bagaimana tindakan-tindakan itu berlaku tanpa arahan atau isyarat dari luar yang sebenarnya adalah gema yang suci. Jika tidak sesuatu ruang yang mampu ditembusi sehingga mampu memantulkan semua gema menjadi cahaya, bunyi dan kristal, maka itulah nukleus sel atau roh! Jelaslah masa itulah roh dan nukleus itu adalah sel.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s