Adakah kita menguasai masa atau dikuasai masa


adakah kita menguasai masa atau dikuasai masa?
Jika kita menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa. Segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban, maka otot akan menjadi lemah, kulit akan mengendur atau cepat tua. Jika seseorang “mengejar” sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan akan menghadapi perkara yang sama kerana impuan tidak akan sampai selagi belum sampai ruang dan masa yang tepat (tidak amplitud).
Jisim Abstrak dan Masa

Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lain. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi.

Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasi, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal. Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang di sekelilingnya.

Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena makanik bendalir akan berlaku.

Jisim abstrak tersebut akan “mengalir” keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses hidroterapi ais kepada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.

Beberapa contoh mengharap yang merosakkan “masa”

  1. Jika kita pernah meminta pertolongan dan dijanjikan pertolongan dengan manusia, kita tidak seharusnya mengharap.
  2. Begitu juga sekiranya kita memberikan pinjaman wang atau sesuatu barang, kita tidak boleh mengharapkan ia dipulangkan.
  3. Memberikan hutang tanpa rasa ikhlas akan menyebabkan kita terlalu mengharap.
  4. mengharap pada suami contohnya dalam apa keadaan jua pun, hanya akan memudaratkan kita. menanti kepulangannya, mengharapkan kasihnya atau bergantung harap pada suami, semua itu adalah menaruh harapan.

menanti

Semakin kita mengharap, maka semakin sempit jiwa dan rezeki.

harapan, impian ; – tempat penggantungannya hanyalah pada ALLAH SWT.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s