perniagaan- boleh atau tidak seseorang berniaga


sesungguhnya menjadi sunnah rasul selain bekerja makan gaji- (dengan mengambil upah menggembala kambing)- adalah berniaga.

malah sabda baginda,

Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan.” (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na’im ibn Abdurrahman).

telah banyak juga kajian yang dilakukan berkenaan perniagaan, ternyata berniagalah satu-satunya jalan untuk meraih kekayaan. pernah dengar tentang jutawan Islam zaman Rasulullah saw? Abdulrahman ibnu Auf.

ketika berhijrahnya beliau ke Madinah dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa, diminta tunjukkannya jalan ke pasar, lalu di situ, beliau memulakan kembali perniagaannya hinggalah berkembang maju dan meluas.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

alangkah indahnya andai kita pada hari ini mampu menjadi usahawan berjaya yang turut meringankan beban umat Islam lainnya.

perniagaan sebagai tanggung jawab sosial dan melaksanankan fardhu ain.

betapa mulianya juga kita andai kita turut melaksanakan fardhu ain, iaitu menjalankan perniagaan yang memudahkan umat Islam untuk mendapatkan bekalan yang halal dan bersih. betapa banyak perniagaan makanan asas yang dikuasai oleh bangsa kafir yang tidak sepatutnya berlaku pada negara Islam seperti negara kita. maka moga ALLAH  mudahkan usaha bangsa dan penganut Islam untuk berniaga .

dalam numerologi atau berdasarkan tarikh lahir, terdapat formula atau cara untuk mendiagnosis apakah seseorang itu mempunyai keupayaan secara fitrah untuk berniaga manakala dengan gabungan ilmu applied psikology pula kita dapat megesahkannya dan menyelidik mengapa sesuatu perniagaan yang telah dilakukan menemui kegagalan. hebatnya ilmu Allah. moga mereka yang terlibat ataupun yang baru mahu mengorak langkah dalam perniagaan beroleh manfaat.

hidup berilmu, ceria selalu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s