surat terbuka buat suami tercinta


graduation-507suamiku,
kusampaikan salam untukmu.
surat ini kutujukan kepadamu kerana keistimewaanmu.
engkaulah nikmat Allah terbesar untukku selepas Islam.

padamu, aku berterima kasih. padamu aku meletakkan syukur. atas kesabaranmu, aku tak terucap dek kata-kata untuk kunyatakan betapa mulianya dirimu untukku…

didikanmu yang tak pernah henti, teguranmu yang tak pernah jemu, keprihatinanmu yang tak pernah putus, rasa kebertanggungjawabanmu kepadaku dan anak2, semua itu adalah dirimu.

engkaulah sahabat, engkaulah teman sejati, engkaulah penaungku, engkaulah penghiburku, teman susah dan senangku, di dadamu kusandarkan harapan, di bahumu kuletakkan impian, dihatimu kuharapkan cinta, kasih dan sayang dan pada dirimu kuimpikan kelembutan dan layanan mesra. engkaulah segalanya,. engkaulah anugerah Allah yang tak terhingga.

andai pada hari ini kuguris hatimu, kupohon agar kau maafkan daku, andai dari dulu aku terkeluar dari ciri isteri idamanmu, kuminta kau tanpa jemu membimbingku menjadi dia yang kau mahu., andai saat ini aku masih belum menepati kehendak hatimu, aku pohon agar kau bersabar denganku, dengan sabar yang besar., sesungguhnya kau kucintai dengan sepenuh hatiku.

kau insan istimewa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s