talak dan kuasa minda



Talaq itu sesuatu yang halal tapi dibenci oleh Allah swt. Talaq, itu jalan terakhir pada pasangan yang tidak lagi mampu hidup bersama malah, dengan hidup bersama banyak yang buruk daripada yang baik.

namun, dengan kuasa minda, talaq masih mampu kita elakkan. apa punca talaq?

menurut Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di akhbar Harian Metro sangat mengejutkan. Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.

Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes diikuti Kelantan sebanyak (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551), Terengganu – yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37)maternal_instincts

Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta – kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian.

walau apapun punca pertikaian dan perceraian satu-satu pasangan, sebenarnya semuanya boleh diselamatkan selagi kita menggunakan kuasa akal. pernah dengar kehebatan kuasa minda?

minda kita adalah satu alat anugerah Allah yang sangat besar kuasanya. dengan minda, seseorang beroleh kejayaan dan dengan minda juga seseorang menuju kehancuran.

kuasa-mindakuasa minda mampu meletakkan seseorang hamba Allah itu dalam neraka mahupun syurga dunia dan akhirat.

kita adalah apa yang kita fikir.

ALLAH berfirman (dalam hadis qudsi) : AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKU, AKU bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKU. jika mereka megingatiKU dalam dirinya nescaya AKU menyebutnya dalam diriKU. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya AKU menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKU sejengkal, AKU mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKU sehasta aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKU dalam keadaan berjalan, AKU datang kepada mereka berlari.

hadis riwayat Bukhari dan Muslim

itulah hebatnya kuasa minda. dengan minda, kita mampu mendapat solat yang khusyuk, dengan minda kita mampu meningkatkan diri kita dalam kerjaya dan pergaulan, dengan minda kita mampu membaiki hubungan yang rosak sehingga kasih dan cinta sejati kembali mekar sebagaimana kita baru berkahwin.

minda adalah anugerah Allah, apa yang kita fikir dan apa yang kita beritahu minda kita, itulah mesej doa yang kita hantar pada Allah. sekiranya kita percaya dengan kepercayaan yang penuh bahawa kita tidak akan mampu berjaya maka kita tidak akan pernah berjaya, sebaliknya jika kita merasakan yang kita adalah makhluk ciptaan Allah yang hebat dan istimewa, maka hebat dan istimewalah diri kita.

apa yang kita fikir dan beritahu minda kita, itulah gelombang yang akan keluar  dari dalam diri kita dan itulah yang akan kita miliki. kita akan menarik gelombang yang sama. sekiranya benci dan ketidakpercayaan yang ada dalam minda kita terhadap suami kita maka, benci dan ketidakpercayaan juga yang kita terima daripada suami kita.

kalau sudah benci dan tidak percaya antara satu sama lain, maka darimana kekuatan rumah tangga untuk kekal?

maka langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para suami dan isteri adalah berdoa.

1.berdoa agar Allah masukkan cinta kembali dalam diri kita terhadapsuami dan suami terhadap kita. berdoa dengan penuh mengharap.

2.berdoa agar Allah masukkan kemaafan dalam hati kita terhadap suami dan Allah masukkan kemaafan dalam hati suami terhadap kita.

3.niatkan kita mahu berbaik kerana Allah kerana sesungguhnya Allah amat cintakan kebajikan dari perpecahan.

4.tanamkan dalam hati, dari awalnya dia yang Allah jodohkan untuk kita, maka tentunya dia yang terbaik. andai dalam perjalanan melayari bahtera rumah tangga itu, kita tersasar mohonlah agar Allah kembalikan kita kepada landasan yang benar.

5.hantar mesej kasih selalu , moga Allah mudahkan.

cumanya, andai perkahwinan itu penuh derita,dan sengsara kesan daripada penderaan suami yang tiada berhati perut, maka apalah yang ditunggu lagi. bukan sunnah rasul , melayan isteri dengan kasar dan seperti hamba abdi.

 Sabda Rasulullah:
"Orang yg terbaik diantara kalian adalah orang yg paling berlaku baik
terhadap istrinya dan akulah yg terbaik (diantara kalian) terhadap
keluargaku." (HR Tirmidhi)

juga sabda baginda:

"Mukmin yg paling sempurna imannya adalah mukmin yg paling baik akhlaknya
dan mukmin yg paling lemah lembut terhadap istrinya." (HR Thirmidzy)
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s