Diam tonggak ibadah


Tahukah anda, apa puncak dari semua ibadah. sekiranya diperhatikan, puncak ibadah haji adalah wukuf atau berdiam diri di Arafah, puncak ibadah puasa adalah i’tikaf artinya juga berdiam diri. Dalam sholatpun, yg paling utama adalah tumakninah. Setiap ganti gerakan sholat kita dianjurkan untuk diam sejenak, begitu pun dlm bacaan shalat, dianjurkan ada jeda antara ayat yg satu dgn ayat berikutnya. Ternyata puncak dari ibadah adalah DIAM.

Begitu juga, dalam pergaulan seharian, ternyata ibadah paling mudah adalah berdiam diri.

Berdiam diri daripada berkata-kata sesuatu terutama yang boleh membawa dosa; menyakitkan hati dan merosakkan kebahagiaan ; baik kebahagiaan orang lain mahupun kebahagiaan diri sendiri.

apa yang ada pada mulut sehingga boleh membawa mala petaka besar?

pernah dengar pepatah

1. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

2. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

itu antara pepatah melayu, bagaimana dengan hadis Rasul?

1.”sesungguhnya diam itu mengandungi 6000 kebaikan”

2. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.”, hadits diriwayatkan oleh Bukhari.

Maka, sesungguhnya diam itu manfaatnya besar.

banyak berkeluh kesah membuatkan ujian semakin berat, maka lebih baik berdiam diri tetapi bukan berdiam mati sebaliknya berdiam memuhasabah, memerhati dan mentaakul. ‘

kerana muhasabah, penilitian dan pentaakulan yang benar akan menambahkan ketaqwaan dan menjadikan ujian bertambah manis.

banyak mengadu domba akan memburukkan keadaan, lalu berdiam diri itu jauh lebih baik dan membawa kebaikan.

banyak mengumpat itu dosa, lalu berdiam diri itu adalah pahala.

merasa marah itu membuka laluan syaitan dalam diri, apatah lagi marah yang diluahkan melalui kata-kata, kerana waktu marah, syaitan bermaharaja lela dan menguasai diri, kita akan bercakap sesuatu yang menyakitkan hati agar orang merasai apa yang kita rasa, kesannya jauh lebih buruk, lalu berdiam diri adalah pilihan terbaik. berdiam ketika marah menutup pintu masuk syaitan dalam hati manusia, tatkala marah hilang, kita akan rasa syukur yang amat kerana mampu mengawal diri.

namun, dari sudut lain, berdiam perlu bijak. berdiam untuk kemanfaatan bukan untuk kemudharatan. maka, pilihlah masa , saat dan ketika untuk berdiam diri.


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s