poligami atau monogami dan zikrullah atau zikrunnas


bismillahkelipanwn7keranamu-wanita2

sesungguhnya Allah tidak pernah menganiayai hamba-hambaNYA. ujian hidup adalah fitrah dan sunatullah.

Firman Allah:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)

lalu, itulah kehidupan. baik siapapun kita, apapun pangkat kita dan di tahap mana usia kita, kita tetap diuji.

Firman Allah dari surah Al-Balad, ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sentiasa dlm perjuangan yg sukar dan penat” (90:4)

itulah hakikat sebenar hidup manusia. Allah menegaskan kepada umat manusia bahawa kita sebagai manusia sentiasa berada dalam perjuangan (ujian) sehinggalah ajal memanggil kita.

bezanya sama ada kita tabah, sabar , hening dan redho atau tidak. dan perbezaan ini ditentukan oleh keimanan seseorang. tahap keimanan pula ditentukan oleh amalan kita.

bagi kita, selain solat yang khusyuk, Al-Quranlah yang menjadi petunjuk. sesungguhnya melalui Al Quran, kita akan mendapat jawapannya. yakinlah, dengan selalu memohon petunjuk melalui ayatNYA, ALLAH akan menunjukkan jalan keluar.

Firman Allah swt;

‘ sesungguhnya al-quran itu tiada keraguan padanya, petunjuk pada yang bertaqwa’

dan sesiapa yang berpegang teguh padanya dan sunnah rasulnya, mereka itulah yeng beroleh kejayaan.

baik perkahwinan poligami mahupun monogami, tetap ada tribulasi- tribulasinya.

fokuslah kepada Allah, Yang Maha Pencipta, bukan kepada manusia , yang dicipta. ambillah kisah yusuf dan zulaikha sebagai panduan.

sewaktu, zulaikha terlalu mengharapkan cinta dari yusuf , sebaliknya yusuf makin jauh padanya. namun, setelah zulaikha menyerahkan diri kepada Allah dengan kepasrahan yang sebenar dan dia tenggelam dengan nikmat beribadah kepada Allah, bajunya pula yang koyak ditarik yusuf a.s.

dunia ini begitulah dijadikan Yang Maha Menentukan, sekiranya dikejar, ia akan lari tetapi bila kita fokus kepada Yang Maha Pencipta, maka kita dikelilingi nikmat dunia. lagi kita fokus, lagi dunia sujud kepada kita.

lalu, apa yang kita keluh kesahkan?

baik kita isteri kepada seorang suami yang kasihnya tidak berbelah bahagi mahupun kita  hanyalah salah seorang daripada isteri-isterinya. namun, sedarlah kasih manusia hanyalah sementara. sekiranya diharap sangat dan dituntut sangat malah hanya membuatkan kasih itu makin pudar. cintailah DIA yang ESA sepenuhnya, maka hati kita akan penuh pula dengan kasihNYA, dan dengan kasih itu, akan hadir sekali ketenangan , keredhoan, kesabaran dan kedamaian yang mencengkam jauh lahir dari sudut hati yang ikhlas.

lalu, kasih manusia itu turut bertandang dan menjadi milik kita. pohonlah, berdoalah agar semua ujian yang ditentukan untuk kita tidak membawa mudarat kepada kita, walau apa badai yang melanda, kita tetap berdiri teguh dengan empat sifat tadi; hening, sabar, ikhlas dan redho.

berdoawallahu alam. sesungguhnya hidup berilmu, ceria selalu

Advertisements

4 thoughts on “poligami atau monogami dan zikrullah atau zikrunnas

  1. Terima kasih dgn artikel2 ini.. sangat membantu menguatkan semangat dan memberi kekuatan..semoga rumahtangga yg dibina sentiasa dirahmati dan diberkati.

  2. ayat2 dlm artikel ni sgt bermakna buat sy, terima kasih.diharap sntiasa ada artikel sebegini sbgai panduan dan peringatan utk kita yang sentiasa lupa dan alpa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s