akad dan nikah


akad dan nikah.

akad-dan-nikah

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” (maksud hadith)

sesuatu yang sangat besar. membawa bersamanya tanggungan dan kewajiban. persaudaraan dan amanah. mehnah dan tribulasi.

sesungguhnya tatkala berlakunya akad dan nikah, menangislah syaitan kerana telah terbinalah sebuah lagi masjid Allah. dan dengan itu juga musnahlah peluang iblis dan syaitan untuk menggoda lagi pasangan bercinta agar tumpas kepada hawa nafsu, tunduk kepada nafsu serakah sehingga ada yang membawa kepada zina, mengandung luar nikah hatta kepada pembuangan bayi dan pengguguran janin.

lalu, betapa mulianya akad dan nikah itu. seiring dengan kemuliannya, hadir juga tanggungjawab yang besar dan hak-hak mereka yang mengelilingi akad dan nikah itu.

siapa?

wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan para saksi. siapa wali? ibu bapa dan keluarga yang berikatan wali. siapa saksi? kaum kerabat yang lainnya.

akad nikah merangkumi semua itu. ada yang berhak yang perlu ditunaikan haknya.

seiring masa yang berlalu, ada pasangan yang tetap kekal teguh menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang, namun, ada yang kecundang.

akad dan nikah pada lelaki berbeza dengan wanita, lelaki Allah anugerahkan pilihan, untuk mengakadnikah sekali atau berkali dalam masa yang dia tetap boleh mengekalkan akad nikah sebelumnya. wanita, tidak. andai dia mahu berakad nikah sekali lagi, maka akad nikah yang sebelumnya perlu diputuskan.

inilah yang sukar diterima oleh kaum wanita, kerana mereka menganggap mereka dan suami itu  sama. sedang ALLAH mencipta kejadian adam dan hawa itu sendiri berlainan, lalu, mengapa mahu menyamakan hak dan keupayaan?

kepada isteri pertama. andai hati terluka, merasa tertipu, dicurangi, tidak lagi dikasihi. yakinlah itu semua adalah mainan syaitan. sesungguhnya perempuan yang dimadukan suaminya, dia adalah ahli syurga. selagi mana dia redho, sabar, hening. dia wanita istimewa. kalau tidak masakan diuji Allah dengan ujian yang besar?

Firman ALLAH,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

jangan sesekali merasa rendah diri. mengapa mahu rendah diri sedang kamu dimuliakan ALLAH dengan ujian yang besar ini? apa yang lebih besar dari keredhoan Allah melalui keredhoan suami.

wahai isteri pertama, kamu sangat istimewa. bertindaklah sesuai dengan keistimewaan kamu. pasti bahagia milik kamu, malah , cinta suami akan jauh lebih manis rasanya. yakinlah hati itu milik ALLAH, bila mana kita redho, maka ALLAH turut redho pada kita. indahnya, redho ALLAH hadir dengan ketenangan dan kedamaian serta kebahagian dunia dan akhirat.  anak-anak akan terurus dan menjadi insan soleh dan solehah yang berguna.

wahai isteri kedua, kamu juga istimewa. kamu menambah kepada kebahagiaan suami kamu. alangkah mulianya kamu bilamana kamu menjadikan kehadiran kamu dalam keluarga suami kamu, menambahkan kebahagiaan mereka dan kamu sendiri. rezeki ALLAH semakin bertambah-tambah. dan ikatan ukhuwah semakin akrab. kamu membanggakan junjungan mulia dengan menjadi isteri solehah sejati dan menambahkan bilangan umatnya yang ramai.

wahai isteri ketiga, kamu juga istimewa. bilamana kamu menjadikan diri kamu sebagai bukti bahawa hukum ALLAH tetap akan berlaku, tiada manusia yang sempurna dan semua isteri itu amanah. kamu adalah nikmat ALLAH untuk keluarga suami kamu dan kamu sendiri. nikmat kesedaran, nikmat keinsafan dan nikmat kebahagiaan.

wahai isteri keempat, kamu juga istimewa. kamulah pembawa rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga suami kamu dan kamu sendiri. kamulah penutup kesempurnaan keluarga suamimu dan kamu sendiri. kamulah penyatu keluarga dan pembawa hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. manusia itu bukan milik sesiapa dan ALLAH jualah YANG MAHA SEMPURNA.

akad dan nikah itu sangat mulia. lalu, peliharalah ia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s