sekadar pesanan dan ingatan buat diri yang selalu lupa


bismillah

“Sabda Rasulullah saw, tahukah kamu kepada siapa api neraka diharamkan? Kepada orang yang lemah lembut, selalu memudahkan dan selalu akrab..” (HR Tarmdizi)

leaf3

“Tuhan, permudahkanlah urusan kami, jangan Kau susahkan. Jadikan hati-hati kami dekat pada-Mu. Jadikan jiwa-jiwa kami tidak gentar dengan ujian-Mu. Jadikan kami hamba-hamba yang bersyukur. Kami insan yang menzalimi diri kami, maka ampuni kami. Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, sesungguhnya kami termasuk dalam golongan yang rugi. Jangan Kau jadikan kami golongan yang rugi, tetapi jadikanlah kami orang-orang yang berbakti.”

element-fire-2

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (9:111)

fairiesroses

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (14:7)

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. “
(QS. At Tahrim: 6 )

junflower1

“Dan orang-orang yang berkata : “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami
dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
( QS. Al-Furqan : 74 )

god_is_love

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik, wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu.

berdoa

Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)

“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”

Saidina Ali Abi Talib

panorama

“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan.”- ingatan Rasul untuk isteri tercinta; Siti Khadijah.

462944581_bce6fe7ae92

Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih
baik daripada apa yang telah mereka kerjakan
” (Q.S. An-Nahl: 97)

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]

flowerspink

ayat-ayat cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

aisha-edited

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud

solat

untitled-2

By three methods we may learn wisdom; First, by reflection, which is noblest; Second, by imitation, which is easiest; and Third, by experience, which is the bitterest.

Daripada aisyah ra. bahawa Nabi saw pernah berdoa: “Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang apabila berpeluang melakukan kebaikan, dia berasa gembira dan terhibur dengan kebaikan itu, dan apabila dia melakukan dosa dan kesalahan, dia akan bertaubat dan beristighfar dengan dosa dan kesalahan itu.”

aniheart

Advertisements

2 thoughts on “sekadar pesanan dan ingatan buat diri yang selalu lupa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s